Ten Hag Tetap Dipecat Walaupun Menang Piala FA

The Guardian melaporkan bahawa Man United sudah memutuskan mahu memecat Erik Ten Hag, tidak kira apa keputusan yang dicapai pada aksi final Piala FA menentang Manchester City.

Ini bermakna, jika Ten Hag membantu United juara Piala FA sekalipun masih belum dapat menyelamatkannya.

Kisah yang mungkin hampir sama seperti yang pernah berlaku kepada Louis Van Gaal menang Piala FA 2016, di mana dia tetap dipecat.

Keputusan drastik tentang Ten Hag itu dilaporkan diketuai oleh Sir Jim Ratcliffe, yang baru menjadi pemilik bersama United dengan pegangan saham 25% sejak Disember lalu.

SJR berkuasa dalam operasi bola sepak kelab tersebut. Man United melantik Ten Hag 2 tahun yang lalu, dikatakan kecewa dengan kedudukan akhir United pada Liga Perdana Inggeris musim 2023/24.

Di mana United menamatkan liga di kedudukan terburuk dalam sejarah kelab dalam EPL sejak 1990.

Namun begitu Sir Jim Ratcliffe tidak mahu isu pemecatan Ten Hag itu dibincangkan di United buat masa ini kerana tidak mahu mengganggu fokus kelab itu yang dalam persiapan untuk final Piala FA.

Tedapat beberapa nama sudah dalam senarai cadangan Ratcliffe. Antaranya Kieran McKenna, yang merupakan bekas jurulatih skuad B-17 Man United yang kemudian menjadi pembantu Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer ketika mengendalikan United sebelum ini.

McKenna dianggap pengurus muda berbakat besar. Dan dia boleh mengubah gaya permainan Manchester United. McKenna kini menjadi pengurus Ipswich Town, turut dikaitkan dengan jawatan di Chelsea dan Brighton.

Dua lagi nama pengurus Inggeris yang turut dalam senarai pertimbangan Sir Jim Ratcliffe ialah Gareth Southgate dan juga Garaham Potter serta Thomas Frank.

Nama lain dalam senarai calon SJR ialah Thomas Tuchel dan Mauricio Pochettino. Tuchel dan Pochettino baru sahaja melepaskan jawatan masing masing di Bayern Munich dan juga Chelsea.

Sir Jim Ratcliffe tidak gembira dengan pembangunan pemain di bawah kendaliannya. Di mana pemain pemain seperti Onana, Antony dan Hojlund dianggap gagal menunjukkan prestasi terbaik mereka.

Antony antara pemain yang beraksi sangat hambar musim ini. Sementara Onana banyak melakukan kesilapan berprofil tinggi. Seterusnya Hojlund pula tidak konsisten.

Sebelum ini Ten Hag yakin kedudukannya di United akan selamat. Kerana United musim ini bermasalah kerana isu kecederaan bukannya kerana taktikalnya.

United menamatkan kempen UCL di tangga tercorot dalam kumpulan. Mereka turut kalah 3-0 di tangan Bournemouth di Old Trafford dan dibelasah 4-0 oleh Crystal Palace.

Musim lalu Manchester United menjuarai Piala FA, dan menamatkan saingan liga di tangga ketiga. Namun ETH dianggap berjaya meletakkan United di landasan yang tepat meskipun dimalukan Liverpool 0-7.

Musim ini, Piala FA boleh menjadi pengubat kepada kempen United dan membantu mereka layak ke Europa League musim hadapan. Malangnya, ianya masih dianggap gagal untuk meyakinkan SJR tentang Ten Hag.

Walaubagaimanapun Ten Hag menyatakan bahawa dia akan terus kekal di United selepas berjumpa dengan pihak INEOS. Malah sudah sedia dengan perancangan musim baharu.