Ten Hag: “United Di Landasan Yang Tepat Dan Patut Menang Lawan Fulham”

Pengurus Manchester United yakin bahawa pasukannya berada di landasan yang tepat, selepas kekalahan di tangan Fulham.

Kerana menurut pengurus itu, semua pihak harus melihat gambaran dan perspektif yang lebih luas, di mana pasukan United dalam keadaan yang sangat bagus ketika ini.

Man United kalah 1-2 di tangan Fulham dalam aksi EPL pada Sabtu. Perlawanan pertama United sejak pengesahan Sir Jim Ratcliffe sebagai pemegang saham minoriti di kelab itu.

Fulham di hadapan sebanyak 2 kali dalam perlawanan ini. Dengan gol kemenangan Fulham hadir pada masa kecederaan menerusi aksi licik Alex Iwobi.

Kekalahan ini meletakkan skuad Ten Hag kini 8 mata di bawah 4 teratas dengan baki 12 perlawanan lagi.

“Selepas satu kekalahan berlaku, kamu harus melihat gambaran yang lebih besar. Dan gambaran besar itu kelihatan sangat bagus,” tegas pengurus asal Belanda itu.

“Kami harus mendapatkan rentak di beberapa posisi dan mendapatkan kambali pemain yang cedera. Dan kemudian barulah kita akan lebih seimbang dan boleh menguatkan lagi skuad ini menerusi jendela perpindahan.

“Kamu tengok ada ramai pemain yang akan muncul [kembali daripada kecederaan] dan pemain yang benar benar berpotensi besar. Mereka akan menjadi lebih baik. Jadi, sudah pastinya kami sedang berada di landasan yang tepat.

“Jadi, apabila kami sudah memiliki ramai pemain tersedia kelak, kami akan memiliki pasukan yang sangat bagus.”

Seterusnya, Erik Ten Hag menegaskan, dengan skuad yang pincang, mereka masih ada kemampuan untuk menang menentangn Fulham. Malah lebih berhak menang, berdasarkan penguasaan mereka di atas padang.

Pengurus itu menambah: “Malah hari ini, kami sebenarnya boleh menang perlawanan ini, bahkan kami patut menang perlawanan ini tadi, dengan karakter yang hebat ditunjukkan oleh kami sebagai satu pasukan.

“Ya, kami ada permulaan yang perlahan pada awal separuh masa pertama dan separuh masa kedua, ya betul.

United kehilangan Rasmus Hojlund dan Luke Shaw untuk perlawanan ini. Ketiadaa Hojlund benar benar dirasai di bahagian serangan memandangkan pemain itu sedang dalam prestasi terbaiknya.

Hojlund disahkan akan berehat sekitar 2 ke 3 minggu kerana masalah kecederaan.

Selain itu, United juga akan menilai situasi Casemiro yang turut mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Fulham.

Baca yang lain