Pengurus Manchester United meminta peminat United terus bersabar dengan projek beliau di Manchester United. Kerana menurutnya, Man United tidak akan bersedia untuk menjulang EPL pada musim hadapan.
Musim hadapan akan menjadi musim untuk merapatkan jurang mata mereka dengan pasukan teratas seperti Man City dan Arsenal.
Ten Hag memberikan amaran kepada pengurusan tertinggi Man United agar membantunya dalam urusan pembelian pemain. Jika urusan pembelian pemain mereka berjalan lancar, mereka akan hampir dengan pasukan di kedudukan 1 atau 2 pada musim hadapan.
Ten Hag berterus terang menyatakan bahawa masih ada beberapa bahagian penting di atas padang yang masih belum diperkasakan lagi.
Dia menegaskan: “Kami boleh bersaing untuk merapati kedudukan pertama atau kedua, jika kami membuat urusan perpindahan yang bagus.
“Apabila semua pemain sudah tersedia kami akan bersedia bersaing untuk 4 teratas.
“Kami harus menguatkan lagi beberapa bahagian penting dan juga kedalaman skuad ini.”
🚨 Ten Hag says Man United can’t be title contenders next season: “When everyone is available, we're competing for top-four”.
“We can come closer [to position #1/2] if we make a good transfer window”.
“We have to strengthen in key positions and also in the depth of the squad”. pic.twitter.com/Dev9WmPDuf
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 27, 2024
Musim lalu Man United menamatkan saingan di tangga ketiga liga. Mereka musim lalu 9 mata di belakang Arsenal yang di tangga kedua dan 14 mata di belakang juara, Man City.
Musim ini, United masih tersekat di tangga keenam. Dan masih berusaha untuk mengejar slot ke UCL musim hadapan.
United mengesahkan pembelian saham kecil di kelab itu oleh Sir Jim Ratcliffe yang mengetuai ENEOS musim ini. SJR terlibat dalam pembentukan pasukan. Dia akan cuba membantu Ten Hag untuk membina pasukan.
Sebelum ini SJR percaya mereka akan kembali semula ke zaman kegemilangan.