Tenet Arahan Christopher Nolan Tayang Tahun Depan, Trailer Pun Dah Mind-Bending

Bagi pencinta filem Hollywood, nama Christoper Nolan bukanlah nama asing.

Beliau sudah mengarahkan banyak sekali filem yang berkualiti dan berderet naskah yang mind-bending berkualiti yang dihasilkan.

Terbaru, Christopher Nolan kembali dengan naskah mind-bending movie iaitu Tenet seperti yang pernah beliau umumkan sebelum ini.

Filem ini dibarisi ramai nama besar termasuk  John David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Kenneth Branagh, dan ramai lagi.

Dalam trailer yang dikeluarkan oleh Warner Bros, ianya memaparkan filem ini bakal  menguji kepala otak para penonton daripada dibengkokkan.

Adakah filem kali ini berkaitan dengan ancaman nuklear, filem aksi, filem perentas masa, atau filem hantu?

Sehingga ke hari ini Christopher Nolan sangat berahsia tentang genre filem yang akan beliau persembahkan dalam Tenet.

Beliau mengumumkan projek filem ini pada tahun lepas lagi.

Jadi, terpaksalah korang menunggu rantaian trailer yang mendatang untuk mendapatkan sedikit petunjuk tentang filem ini.

Dalam temu ramah baru baru ini, Nolan turut mengusik para peminatnya, mungkin filem baru ini ada pelbagai genre di dalamnya.

https://twitter.com/i/status/1207880709500653571

Namun beliau berjanji ianya filem yang sangat ‘ambitious’ di dalam sejarah kerjasama beliau bersama produse Emma Thompson.

Jadi, rasa macam dah tak sabar menunggu Tenet ditayangkan di layar besar pada 17 Julai 2020.

Korang layan dulu trailer di sini:

Ramai yang percaya filem Tenet ini akan menjadi filem mind-blowing yang hebat seperti Memento dan Inception sebelum ini.

Ianya kerana, sudah seperti sudah menjadi satu trend di mana Christopher Nolan akan menghasilkan naskah legenda setiap kali masuk ke tahun pemula dekad.

Adakah korang pun expect benda yang sama bakal diberikan oleh Christopher Nolan?

Baca yang lain