Tengok Balik Ketenangan Martial Menukar Big Miss Kepada Brilliant Gol Dalam Beberapa Saat

Anthony Martial semalam menjaringkan salah satu gol yang sangat cantik dan tenang dalam kariernya.

Penyerang dari Perancis itu menerima hantaran daripada Bruno Fernandes dan beliau cuba menewaskan penjaga gol secara terus, namun awalnya gagal.

Martial yang mengawal bola dengan kemas di sebelah kiri berhadapan dengan tekanan yang kuat daripada pertahanan lawan.

Apa yang berlaku penyerang Manchester United ini menggunakan kepakarannya menggelecek dan mencari ruang untuk melakukan penyudah / finishing.

Finishing di sini adalah sama ada dia akan mencipta gol dengan hantaran ataupun dia melakukan rembatan terus ke arah gol.

Martial menewaskan pertahanan dengan kelicikannya dan ketika melihat Ben Foster berada di hadapan near post, Martial telah melakukan satu lob yang sangat jahat.

Gol Ini adalah gandingan serta kombinasi kelicikan, kelincahan, decision makin, close control dan composure / ketenangan disudahkan dengan teknik yang sangat baik.

Jika salah satu daripada elemen di atas hilang mustahil kau ini dapat dilakukan. Namun ianya terhasil bak satu karya agung.

Martial melakukan percubaan awal yang berjaya dihadang oleh Ben Foster.

Beliau memenangi bola itu semula di byline. Martial kemudian cuba membawa bola ke belakang dan mengacah pertahan dengan melakukan chop apabila masa sesuai.

Ketika memancung bola itu ke belakang Martial telah mencipta ruang untuk dirinya dan kemudian menewaskan terus Ben Foster.

Jadi secara langsungnya, Martial telah menukar big miss menjadi brilliant goal dalam masa beberapa saat.

Martial kini sudah menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berturut-turut. Kali terakhir beliau melakukannya adalah pada tahun 2017.

Martial menjadi sandaran utama Ole Gunnar Solskjaer ketika Ini kerana mereka berdepan dengan krisis kecederaan melibatkan penyerang utama Marcus Rashford.

Manchester United berjaya memenangi perlawanan semalam dengan kedudukan tiga gol tanpa balas.

Bruno Fernandes membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti ala Jorginho. Fernandes merupakan pemain terbaik perlawanan dengan terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk ketiga-tiga gol.

Beliau merupakan pemain yang memenangi penalti. Dan kemudian menyudahkan penalti tersebut.

Bruno Fernandes juga menjadi pencetus kepada gol Martial menerusi hantaran akhirnya.

Untuk gol ketiga oleh Mason Greenwood, Bruno Fernandes merupakan assistant.

Kemenangan ini sangat bermakna buat Manchester United selepas Chelsea turut menang dalam perlawanan ke atas musuh sebagai mereka Tottenham Hotspur.

Kini Manchester United hanya dibezakan dengan tiga mata daripada Chelsea yang berada di tangga keempat.

Manchester United turut meminta pasukan Tottenham Hotspur yang dibimbing oleh bekas pengurus mereka Jose Mourinho.

Ole Gunnar Solskjaer juga mendapat perkhabaran gembira apabila Scott McTominay sudah boleh kembali beraksi.

Kini Ole Gunnar Solskjaer masih menunggu kehadiran semula Paul Pogba.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan