Tentera Bantu PDRM Kawal Pergerakan Rakyat Yang Degil Dengan MCO

Kerajaan Malaysia menyatakan bahawa, akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat yang degil dengan perintah kawalan pergerakan (MCO).

Lihat sendiri kat bawah ni, salah satu tempat yang sarat dengan manusia.

Namun begitu, kerajaan turut menyatakan bahawa, ia bukan darurat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yakin dengan bantuan tentera, akan membantu rakyat lebih patuh terhadap perintah kawalan pergerakan.

Bercakap dalam sidang media, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata:

“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.”

“Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan.

“Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan.”

Ismail Sabri juga turut menafikan khabar angin kononnya beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.

“Semalam pelbagai berita palsu diedarkan. Ini lebih menambah banyak panik dalam kalangan rakyat.”

“Ada sampai audio, ‘posting’ dalam Facebook yang mengatakan Menteri Pertahanan akan umumkan perintah darurat selepas dapat perkenan Agong.”

“Saya tidak tahu Menteri Pertahanan mana. Tiada dalam perancangan untuk perintah darurat. Malah kononnya aset tentera sudah digerakkan untuk perintah darurat pun tidak betul. Jadi, saya nasihatkan rakyat jangan mudah percaya,” tambah beliau lagi.

Sumber: Bernama / BH Online

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil