Tentera Bawang Cina Malaysia Pertahankan Waitress Melayu Yang Diserang Racist Di FB

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkeluar dengan kehidupan berbilang kaum.

Terdapat banyak etnik di Malaysia dan tiga bangsa utama adalah Melayu, Cina dan India.

Kesemua rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama hidup dalam suasana toleransi dan harmoni.

Walaupun ada kadang kadang tu gaduh gaduh manja, gaduh kucing kata orang.

Setiap bangsa di Malaysia sentiasa sedia mempertahankan satu sama lain terutama sekali melibatkan kedaulatan negara.
Satu kisah menarik yang memang sesuai kita hayati di bulan kemerdekaan ini.

Segalanya bermula apabila ada seorang individu berbangsa Cina yang mengutuk seorang pelayan Starbucks.

Berkongsi di sebuah kumpulan di Facebook, Robert Jonathan berkata:

“Saya nak buat aduan tentang seorang pelayan Starbucks berbangsa Melayu, kerana pelayan Starbucks Melayu itu tak boleh berbahasa Inggeris (hanya pakai bahasa Melayu untuk melayan kawan saya dari China!”

“Kawan saya pula berbahasa Inggeris dengan fasih untuk order kopi dari Starbucks.”

Kecaman diterima dari pelbagai sudut. Ada yang marah kerana ternyata brader tersebut tidak membantu kawannya untuk memesan kopi.

“W**, kau tolong lah kawan kau tu pesan. Kata kawan.”

“Kau ni bongok ke apa,” tegas seorang lagi.

“Ini Malaysia bukan, buka US nak bercakap Inggeris, kepala bnna kau. Bagitau kawan dari China kau tu.”

Ada yang mencadangkan adalah lebih baik dia makan tahu sahaja kerana dia ternyata dia seorang rasis.

Lebih membuatkan ramai geram apabila Robert mengakui dia orang Malaysia tetapi tak tahu bahasa Melayu langsung.

Jack Chua pula menyatakan:

“Aku kena report kepala ** ni. Klaim diri orang Malaysia tetapi tak faham bahasa Melayu, fake account yang cuba menjadi batu api.”

Rain Khor: “Kamu ni [seorang] kawan ke? Kawan kamu ada masalah bahasa tu, kamu tak tolong. Pandai komplen saja.”

“Adakah ini satu masalah? Saya masa ke Vietnam masuk Starbucks dia pun pekerja dia cakap Vietnam.”

“Kau pergi negara orang kau kena hormat tempat orang.”

Perkongsian oleh pengguna akaun bernama Adam Chow itu telah mendapat perhatian ramai pihak.

Sehingga artikel ini ditulis sebanyak 4.5k perkongsian daripada hantaran Facebook tersebut.

Adam berkata:

“Siapa kata cina Malaysia tak sayang Bahasa malaysia Kita.”

“Syabas kepada netizen yang marah banggang tu.”

Lalu disusuli tanda pagar:

#WellDone
#ProtectOurBahasaMalaysia
#SohaiRacistKenakecam

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil