Divock Origi sekali lagi cemerlang dalam aksi Derby Merseyside pada musim ini. Dah seperti kebun gol dia dah Everton tu.
Beliau telah menjaringkan 2 gol dalam aksi membelasah Everton pada pertengahan minggu.
Liverpool menang 5-2 dalam aksi tersebut. Selain daripada Divock Origi, 3 lagi gol adalah daripada Sadio Mane (2) dan Xherdan Shaqiri.
Divock Origi kini mengejar rekod Steven Gerrard Robbie fowler untuk senarai penjaring terbanyak dalam derbi Merseyside.
Steven Gerrard kekal yang paling banyak dengan 9 gol dalam 30 perlawanan.
Robbie Fowler di tempat kedua dengan 6 gol daripada 15 perlawnanan.
Divock Origi di tempat ketiga dengan 5 gol hanya daripada 6 perlawanan.
Kalau berdasarkan ratio gol ternyata Divock Origi sangat masyhur namanya di dalam derbi ini.
https://twitter.com/goalhq_/status/1201559697440038912?s=19
Origi pemburu waktu malam
Menariknya, Simon Brundish telah mengemukakan teori bahawa Divock Origi kalau tak vampire, dia adalah Batman dari Kota Gotham.
Kenapa?
Divock Origi ternyata memiliki satu rekod unik di nama beliau lebih produktif ketika beraksi pada waktu malam berbanding adanya matahari pada waktu siang.
Divock Origi telah menjaringkan 5 gol dan hanya 1 assist di bawah sinaran matahari.
Namun ketika bertemankan cahaya bulan pula, Divock Origi telah menjaringkan 29 gol dan mencetak 7 assist.
Ini bermakna Divock Origi mencipta purata 1 gol atau 1 assist dalam setiap 58 minit.
Agak ajaib bukan? Mungkin Everton selepas ini akan meminta perlawanan derbi Merseyside akan diadakan pada waktu makan tengah hari.
Lantas persoalannya sama ada Divock Origi ini adalah Vampire ataupun Batman?
Namun seorang lagi penulis sukan, Michael Sadowski menyatakan Divock sebenarnya bukanlah Vampire ataupun Batman tetapi beliau adalah Blade Origins.
Kenapa? Kerana namanya bermula dengan Origi
Blade IV Origins. Hehe. Get it? OrigiNS. Because it sounds like Origi. I find it funny. pic.twitter.com/hnRm0s85c2
— Michal Sadowski (@sadek) December 4, 2019
Apa sahaja teori yang dikemukakan, apa yang pasti Divock Origi merupakan pekerja yang gemar bekerja pada syif sebelah malam sama seperti penulis artikel yang sedang anda baca ini.
Itulah rekod unik yang dicatatkan oleh Divock Origi ketika bersama dengan Liverpool. Dia bukan yang terbaik di dalam pasukan kita yang ada pada hari ini. Namun beliau merupakan pemain Squad Depth yang terbaik berbanding dengan mana mana front 3 yang kita ada.
Divock Origi kerap menjelmakan magisnya dalam pasukan Jurgen Klopp. Beliau menjadi pemain penting dalam kebangkitan Liverpool ke atas Barcelona musim lalu. Dan turut menjadi penjaring gol pada final UCL.
Every angle of Origi’s winner vs Barcelona
Enjoy pic.twitter.com/SHT0ZVpzKU
— The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) November 27, 2019
Semoga Divock Origi terus menjadi pemain yang cemerlang ketika diperlukan. Mentaliti yang kuat pada dirinya telah menjayakan Origi sentiasa fokus di dalam tugasannya di atas padang demi pasukan.
Cuma pelik Origi ni kalau kerap diturunkan dalam first 11 dua akan jadi tak tentu arah pulak. Tapi kami tetap sayang Datuk Seri Origi. Korang macamana?