Teori Taktikal: 4-2-2-2 Formasi Wingerless / Magic Rectangle (Box) Menjadi Senjata Pellegrini

Ramai yang bertanya tentang formasi 4-2-2-2 kerana kebangkitan Leipzig pada beberapa musim lalu menerusi Ralf Hussehunt dan Ragnick.

Namun ia bukan formasi baru dalam bola sepak. Ia adalah formasi yang kembang mekar di Amerika Selatan. Cuma publisiti liga di Latin membuatkan kita tidak terlalu terdedah dengan formasi ini.

Misalnya pasukan emas Brazil dahulu suka dengan formasi ini.

Jose Mourinho sendiri pernah menggunakan formasi ini ketika di Chelsea. Itulah pertama kali saya melihat formasi yang dianggap pelik ni. 4-2-2-2.

Kemudian, pengurus Uruguay, Oscar Tabarez juga sangat menggemari sistem ini.

Konsep

Back 4

– Ia sperti formasi yang berasaskan back 4 yang lain. 2 CB dan 2 fullback.

Rectangular Midfield

– Sebelum ini kita mendengar shape seperti diamond. Flat Midfield, Assymetric, Pyramid dan sebagainya.
– Formasi ini pula adalah berbentuk sisi empat di tengah.
– Ada 2 pivot, seperti sistem 4-4-2, pivot boleh jadi DM+CM,DM+DLM, DM+DM,CM+CM atau sebagainya.

Wingerless

– Ini yang membezakannya dengan formasi 4-4-2. Ia adalah formasi tanpa winger.
– Mereka menggunakan multifunctional midfielder di atas pivot.

Striker

– Sistem 2 penyerang, sama ada 2 target man ataupun kombinasi lain. Sistem ini tak ada no.10.

Model Pellegrini di Villareal

Di La Liga, Manuel Pellegrini sangat sinonim dengan sistem wingerless ini. Formasi yang membuatkan pak Arab tertawan dengan pengurusan Pellegrini dan membawanya ke Man City.

Harus diingat, sistem ini memang banyak dignakan di Chile, Peru dan Colombia.

Pellegrini mengambil pendekatan ini ketika di Villareal, Beliau dianggap meninggalkan benda / khazanah yang sangat berharga di Villareal iaitu sistem dan DNA taktikal.

Beliau kemudian menggunakan model ini di Manchester City.

Ketika di Etihad. Sistem yang kerap dikaitkan dengan City adalah 4-4-2. Sebenarnya, mereka bermain 4-4-2-2. Mereka juga banyak bermain 4-5-1 dan 4-4-1-1.

Ketika menggunakan 2 penyerang, sama ada Aguero+Balotelli, Aguero+Dzeko.

Sistem ini biasanya muncul. James Milner kerap menjadi pilihan kerana adaptasi yang tinggi ke atas mana-mana sistem.

Magic box dibentuk dan 2 pemain CAMF akan beroperasi di half-space.

Luxemburgo di Real Madrid

Pellegrini mengakui, beliau cuba mirroring formasi yang dicipta oleh Venderlei Luxemburgo di Real madrid.

Namun selepas beberapa minggu melakukan persiapan rapi, dia akhirnya mendapati formasi ini sesuai dengan pasukannya.

Cerita di Bernabeu pula, Luxemburgo dipecat kerana gagal dan salah satu sebabnya adalah 4-2-2-2.

Luxemburgo dikatakan sangat tertekan kerana peminat dan Lembaga Pengarah Real Madrid menekan beliau untuk mendapat lebih keputusan.

Ia memang bukan kelab untuk bereksperimen lama. Luxemburgo bahkan menjadikan pemain seperti Beckham sebagai CM dalam sistem 4-2-2-2.

Di AM, Zidane adalah pemain utama, kadangkala dia digandingkan dengan Figo dan kadangkala digandingkan dengan Beckham.

Beliau membatalkan tawaran kontrak kepada Figo kerana beliau terpaksa menggunakan Beckham lebih banyak.

Luxemburgo membawa masuk Robinho, Cicinho, Julio Baptista, dan Sergio Ramos untuk mewujudkan 4-2-2-2 yang stabil.

Namun, pemahaman pemain masih rendah dan Luxemburgo mulai putus asa dan beralih kepada 4-3-3. Real kalah dalam beberapa perlawanan dan beliau dipecat.

Ketika beliau dipecat, Real Madrid dilihat sudah menemui formula dengan 4-3-1-2. Tapi tak sempat dia nak menuai hasil lebih.

Magical Box/Rectangle beliau gagal!

Pellegrini tidak seperti Luxemburgo. Dia menentukan siapa pemain utama dalam sistem lebih awal dan tidak ada tekanan untuk diarahkan mesti menggunakan star player.

Luxemburgo menggunakan 4-2-2-2 ini dengan jayanya ketika di Palmeiras.

Oleh sebab itu ketika itu Pellegrini lebih dihargai sebagai coach yang efektif dengan 4-2-2-2 berbanding Luxemburgo walaupun dia ada segala bintang besar dalam pasukan.

Pellegrini juga mendapat jackpot ketika Robert Pires dilepaskan Arsenal dan memilih untuk ke villareal.

Sistem pivot beliau adalah double 6 yang lebih berdisiplin. Mereka ada Mati Fernandez, Santi Cazorla, Cani, dan Robert Pires sebagai pilihan di magic box.

RB Leipzig

Leipzig sudah pastinya pasukan yang popular dengan sistem ini kerana cara orang dan pundits Jerman yang ala orang Itali. Mereka menamakan formasi dengan lebih baik.

Leipzig era Hussehuntl Ragnick

Kekuatan

– Meningkatkan keberkesanan pertahanan di central area dengan defensive box dibentuk the double 6 dan 2 cb

– Mendesak pemain lawa ke wide area dan memberikan ruang kepada pasukan untuk reshape

– 2 pemain AMF lebih dekat dengan penalti box dan halfway line, mudahkan transisi.

Kelemahan

– Kurang kesedaran pemain serangan untuk turun kerana selalu beranggapan defensive 6 sudah cukup.

– Lawan yang ada pacey dan talented winger sangat gemar dengan space di wide area.

– Serangan sangat berpusat di center. Jika pemain AM terpecah dari organisasi, 1 unit akan pecah.

– pemain fullback perlu aktif provide width.

Rumusan

Formasi ini memang menekankan compactness di tengah dan mengurangkan akses lawan di kawasan itu.

Namun ia memerlukan fullback yang boleh bekerja dengan workload yang banyak dalam jarak jelajahan yang sangat jauh.

Selain itu dia wide amf juga perlu bijak dalam memainkan peranan mereka ketika bertahan.