Teori Taktikal: Alasan Utama Arsenal Melengahkan Sepakan Penjuru Sehingga 26 Saat

Arsenal seringkali melengahkan sepakan penjuru mereka dalam perlawanan. Walaupun pada masa terdesak mahu mendapatkan gol sekalipun atau kedudukan terikat.

Mereka pernah dikecam peminat dianggap tak ada urgency dalam menyegerakan bola mati itu.

Misalnya dalam perlawanan menentang Brentford, dalam keadaan 0-0, dan perlawanan semakin menuju ke babak akhir, mereka tidak terdesak mahu melakukan sepakan percuma segera.

Seorang peminat lawan pernah berkata: “Arsenal sentiasa melengahkan sepakan penjuru walaupun mereka tidak mendahului. Ini pelik dan jelas ini atas kepentingan taktikal mereka. Pengadil patut bagi kad kuning je.”

Pada September lalu, Pundit Gary Neville pernah membuat analisis tentang sepakan penjuru Arsenal ketika dia menentang Everton.

Neville berkata: “Saya sangat berminat dengan cara Arsenal mengambil sepakan penjuru hari ini. Sangat menarik apabila pengambil sepakan akan berdiri tegak pada masa yang lama, kadangkala sampai pengadil pun bingung nak bagi kad kuning [sebab situasi memerlukan Arsenal menjaringkan gol tetapi mereka melengahkan masa].”

“Ketika itu penyokong Everton mulai mengejek mereka macam nak gila baru nampak sikit mereka nak ambil lebih cepat. Malah dalam beberapa perlawanan, pengadil terpaksa campur tangan. Mereka melakukannya dalam 2 atau 3 kali dah, ‘berkurun’ masa mereka ambil untuk ambil sepakan penjuru.”

“Mereka mengambil sehingga 26 saat untuk melakukan sepakan penjuru.”

Mikel Arteta kemudian menjelaskan kenapa mereka tidak terdesak mahu melakukan sepakan penjuru segera. Mereka sebenarnya mahu melihat keadaan struktur pertahanan lawan. Lalu pemain yang mengambil sepakan penjuru akan memberikan sedikit masa untuk rakan rakannya menempatkan diri mereka di dalam kotak.

Jadi, biasanya pemain pertahanan akan mengawal pemain penyerang dari segi struktur. Dalam kes Arsenal, secara tersiratnya mereka yang cuba ‘mengawal’ pertahanan lawan dengan organisasi mereka.

Misalnya ketika menentang Everton, Arteta mendapati pemain pemain Everton sebenarnya menggunakan pendekatan fizikal melampau. Lalu mereka memerlukan struktur berbeza untuk berdepan dengannya.

Arteta berkata: “Jelas sekali, lawan kami sangat fizikal dan kami perlukan perancangan alternatif. Ini tentang ‘menulis rangka cerita dalam perlawanan’. Dan pemain harus ada naluri menghidu momen terbaik dalam perlawanan.

Jadi, kualiti struktur adalah lebih penting daripada masa yang diambil. Mereka mengutamakan kualiti bukan kuantiti.

Arsenal adalah pasukan yang memiliki jurulatih bola mati yang spesiifik. Impak sejak kehadiran Nicolas Jover sejak menyertai mereka benar benar ada kesan yang positif. Walaupun langkah itu dianggap pelik pada awalnya.

Statistik lama ini boleh dijadikan panduan:

Jover bukan sahaja menjadi jurulatih yang fokus kepada aspek serangan ketika bola mati. Malah dia turut bertanggungjawab dalam aspek pertahanan

Ianya selepas Mikel Arteta berdepan masalah dengan aspek bertahan bola mati.

 

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu