Declan Rice bukanlah pemain tengah yang memiliki kelincahan seperti Xavi atau Iniesta, ataupun lasak seperti Steven Gerrard mahupun Lampard. Namun dia ada kelebihan tersendiri iaitu game reading.
Bermain di tengah padang bermakna seorang pemain itu menjadi pusat kepada pasukan. Sebab itu mereka digelar pivot. Jadi aspek hantaran itu memang salah satu kekuatan mereka. Tetapi kali ini kita melihat cara game reading beliau.
Salah satu aspek permainan yang Declan Rice terapkan adalah shoulder check berterusan dan scanning. Dua aspek ini adalah perkara yang sama cuma ada sesetengah pemain scanning di hadapan dan kurang waspada situasi di belakang.
Arsene Wenger sentiasa percaya bahawa beza pemain berkelas dunia dengan yang profesional biasa adalah disiplin memerhati di atas padang iaitu scanning. Semakin banyak scanning yang pemain itu buat semakin banyak informasi yang mereka dapat dan kemudian sudah ada premonition untuk apa yang akan berlaku seterusnya.
Dan lihat bagaimana Rice melakukannya di sini:
Showed George this 20 sec clip this morning of @_DeclanRice importance of checking your shoulder, aware of the danger/where supporting players are & late runs in to the box-Dec checks 10 times b4 winning ball-passes-moves-supports.Hours of practice become good habits #England pic.twitter.com/yxGxjzCAQ7
— EssexBoyRick⚽️ (@TrickyRickyno10) April 1, 2021
Perkara ini tak boleh dilatih jika pemain itu baru nak bermula selepas usia mereka lanjut. Sebaliknya ini adalah latihan disiplin taktikal sejak mereka remaja atau kecil lagi sehingga ianya menjadi satu tabiat.
Seperti seorang pemandu kereta yang bagus akan banyak melihat cermin sisi mereka dalam sesuatu masa. Itulah aspek scanning. Berbanding pemandu yang malas melihat cermin sisi dengan kerap.
Dalam kes Declan Rice, dia seorang pemain yang sentiasa shoulder check dan melihat ancaman dan titik ancaman. Misalnya dia mengesan larian progresif dibuat di sini dan dia cuba menekan larian itu kerana dia tahu pemain itu adalah ball carrier bukan quick passer.
Menunggu momen yang tepat dan kemudian mematikan ancaman itu.
Ini adalah contoh di mana dia sebenarnya ibarat ‘pembantu Arteta’ di atas padang. Dia tidak perlu meminta bola untuk menghantar ke pemain seterusnya, pada fasa tertentu dia memberitahu rakannnya ke mana bola harus dihantar. Ianya kerana pra analisis yang dia buat di atas padang.
Seterusnya adalah mencipta false space. Ni kira memberikan harapan palsu kepada seseorang pemain lawan bahawa ruang itu terbuka namun sebenarnya tidak.
Lihat di bawah ini Rice seolah olah tidak berminat dengan ruang di depannya, maka Joelinton menggerakkan bola ke situ, pada masa yang tepat Rice mematikan bola.
Sebelum ini saya dah ulas cara Luka Modric bermain false space. Tengok sini:
Pada fasa akhir serangan Rice memiliki keberanian untuk melakukan killer pass dengan visi yang dia ada. Dia seorang pemain yang progresif dan hasil daripada semua informasi yang beterusan dia buat daripada scanning tadi dia sudah ada satu gambaran permainan di dalam kepalanya.
Pemain seperti ini akan cepat menyesuaikan diri dengan mana mana pasukan dia bermain kerana dia game reader.
· Declan Rice breaking the lines
· Jude Bellingham receives
· Harry Kane’s Hold-up Play
· Quick combo between Jude – Kane
· Penalty for Englandpic.twitter.com/YVn9VCUIHW— MT (@MT_Analysis) October 18, 2023
Rumusannya, Rice pemain yang menguasai tempo di tengah dengan cara dia tersendiri. Dia seorang game reader yang sangat bagus memiliki banyak sekali informasi bersamanya.
Info ini juga akan berguna ketika di bilik rehat separuh masa kerana Arteta boleh menggunakannya sebagai info tambahan.
Jika anda rasa Declan Rice cukup gila dengan Shoulder check, korang kena tengok Martin Odegaard pula.