Inverted Winger: Baka Mahal Yang Mampu Mencetak Gol Setaraf No.9

Cruyff berpendapat bahawa bolasepak adalah sukan yang harus ‘dipermudahkan’. Namun adakah sistem inverted winger ini sesuatu yang kompleks atau menyukarkan ?

Kefahaman

Inverted bermaksud songsang. Ia juga disebut reversal. Winger adalah pemain sayap. Jadi boleh la didfenisikan ia sebagai pemain sayap songsang secara penterjemahan langsung.

Dalam bolasepak ada kosmologi posisi primer /posisi kuat (strong foot position).

Untuk inverted winger mereka akan berada di posisi kaki lemah atau sekunder.

Namun kenapa inverted winger jarang dikaitkan dengan isu meletakkan pemain di posisi lemah ?

POSISI KAKI LEMAH DALAM SISTEM KONVENSIONAL

Winger pada dasarnya adalah supplier utama kepada striker. Dalam sistem 4-4-2 klasik, winger konvensional biasa dikaitkan dengan cross.

Ini memerlukan pengurus atau jurulatih meletakkan mereka di posisi kaki utama untuk mendapatkan hasil yang lebih precisive (tepat) dan incisive (tajam).

Jika winger klasik diletakkan di posisi lemah atau songsang mereka akan bedepan isu penurunan dari segi peratusan ketajaman dan ketepatan.

Winger klasik diukur berdasarkan servis bukan gol. Anda boleh bayangkan apa akan jadi jika Beckham di sayap kiri ?

Ia akan kerap membuatkan mereka delaying servis dan kekadang terpaksa cut back untuk mecari kaki kanan di zon kiri.

Jadi wujud terma yang menyatakan pemain berada di zon lemah.

INVERTED WINGER : MODIFIKASI FUNGSI WINGER

Sejak akhir akhir ini kita melihat ramai sekali pemain posisi songsang namun mereka tak dilabel berada di posisi lemah.

Ini kerana mereka bermain inverted winger. Kita pernah melihat kehebatan Cristiano Ronaldo di MUFC dan kemudian meneruskan legasi ke Real Madrid.

Kemudian Gareth Bale musim terakhir beliau di Spurs. Kemudian Arjen Robben di Bayern Munich dan ramai lagi inverted winger muncul selepas itu.

Inverted winger moden amat berbeza dengan winger klasik /konvensional kerana mereka berada di posisi songsang untuk mendapatkan zon lebih selesa melakukan gol dengan kaki utama.

Mereka akan dribble dan cut inside lalu melakukan shot dengan sendiri. Sebab itu Ruud Van Nistlerooy pernah terbuka menyatakan dia tak suka dengan Cristiano Ronaldo yang disifatkannya tamak dan tidak melakukan tugas kepada penyerang.

Jadi sekarang mereka menjadikan tugas servis kepada striker adalah dikurangkan dan lebih opportunist untuk melakukan gol.

Nistlerooy merupakan poacher klasik yang sangat bergantung kepada servis.

KEKUATAN

Sistem ini sebenarnya tak ada kekuatan yang signifikan dari segi taktikal kerana ia memang bergantung kepada aspek teknikal pemain.

Anda memerlukan pemain yang ada kemampuan melakukan gol dari luar kotak penalti dan special abilities daripada special player.

KELEMAHAN

Terlalu bergantung kepada aspek teknikal dribble and shot. Dimana pemain berisiko tinggi mendapat kecederaan.

Sistem ini kurang intergrasi dengan sistem no.9 sama ada moden atau klasik.

Mungkin Bayern agak bertuah apabila pemain seperti Mario Gomez dan Mario Mandzukic dapat keluar daripada bayangan sistem ini kerana Robben tidaklah seperti Ronaldo yang lebih mengutamakan tugas menjaringkan gol.

Di Spurs dahulu sistem ini menyelamatkan mereka ketika striker mereka out of form dan Gareth Bale menjadi pemain utama untuk duty gol.

 

Di Real Madrid pada ketika itu juga, pemain seperti Higuain dan Benzema terpaksa menerima hakikat bahawa mereka perlu berada dalam organisasi winger yang ‘selfish’ dan bukan pembekal servis.

Striker perlu lebih independent untuk mencari gol sendiri dan bermain di second striker role.

BARCA INVERTED SECOND STRIKER

Sisten second striker di Barca adalah berbentuk wide dalam platfom 2-1. Sebab itu ia mirip winger. Ketika era Riijkaard di Barca, Lionel Messi diletakkan di Right second striker yang lama kelamaan menghakis fungsi no.9 eto’o.

Transisi Guardiola menjadikan Messi sebagai inverted second striker ke false dan baru era Enrique – di mana Luis Suarez menjadi no. 9 yang boleh ‘cari makan’.

Itupun selepas Enrique mengembalikan sistem platform second striker (inverted) dan inverted winger oleh Neymar.

Enrique mengambil sedikit masa juga untuk intergrasikan sistem ini. Ini kerana bukan mudah nak masukkan no.9 dalam sistem Barca.

Namun di Barcelona mereka pernah menggabungkan 2 inverted winger kelas dunia dengan seorang complete no.9 digelar MSN.

KONKLUSI

Ia adalah modfikasi extreme ke atas sistem winger klasik untuk mendapatkan yang terbaik daripada lethal, strong ataupun skilfull winger.

Dalam bola sepak Inggeris Ashley Young dan Adam Johnson antara contoh yang gemar bermain di posisi songsang ketika mereka prime.

Craig Bellamy lebih efektif daripada sistem songsang ini berbanding posisi betul.

Manakala era Capello di England, Gerrrard pernah digunakan untuk posisi ini kerana kemampuan Gerrard menjaringkan gol.

Hari ini ramai inverted winger yang jaringan mereka luar biasa, termasuk Neymar, Sadio Mane, Messi (di ni banyak main false 9 tetapi dia kalau main winger akan bermain di inverted role) dan Mohamed Salah.

Ronaldo bila dah berusia sikit ni dah tak banyak bermain peranan ini kerana selesa dengan role no.9 tulen.

Mereka suka berhubung dengan offensive fullback:

Bale dan Walker
Evra dan Ronaldo
Ashley Cole dan Gerrard
Daniel Alves dan Messi
Trent Alexander Arnold dan Mo Salah
Joshua Kimmich dan Arjen Robben

Modifikasi fungsi winger dah lama wujud dan sistem era chapmman 2-3-5 sudah lama dimodifikasi oleh tactician dunia.

Kini harga pemain termahal adalah milik inverted winger atau second striker. Inverted winger adalah 30%-40% lebih mahal daripada winger konvensional. Dan mereka baka yang paling mahal pada hari ini:

Neymar – £200 juta (Barcelona ke PSG)
Kylian Mbappe – £160 juta (Monaco ke PSG)
Bale – £ 91 juta (Spurs ke Real)
Ronaldo – £80juta ( MUFC ke Real)

Untuk Mbappe, beliau mahal ketika itu kerana boleh beroperasi sebagai inverted winger, winger klasik dan juga pemain no.9.

Adakah anda inverted winger atau makhluk berposisi songsang di padang ?

Jika ya, adakah anda selfish dan ada kemampuan melakukan gol ?

Jika ya adakah rakan rakan anda sanggup bekerja dalam build up organisasi anda ?

Adakah anda sentiasa menjadi rebutan ?

Jika ya jugak, bermakna anda secara tak langsung calon MvP untuk pertandingan di taman perumahan dan pertandingan amatur.

Dan jawapan kepada persoalan paling atas tadi, Inverted winger adalah bukan sistem yang menyusahkan. Ia adalah memudahkan bola sepak agar pemain berada di zon yang mereka boleh melakukan curler.

Baca yang lain