Ia digelar sebagai The Great Wall Of Italia kerana sifatnya yang sangat defensive dan sinonim dengan Itali. Dan ramai berpendapat taktikal ini sebagai ‘penjenayah’ atau ‘pembunuh’ bolasepak.
Mereka berpendapat Sukan bolasepak adalah berorientasikan mencari gol sebanyak mungkin dengan gameplan dan skill yang menarik. Tetapi catenaccio adalah anti-football.
Agak keras tuduhan tu.
Definisi
Seperti biasa, kita bermain dengan frasa.
Catennacio dalam bahasa Itali bermaksud kunci pintu/door-bolt. Jadi catenaccio dalam konteks bolasepak adalah menutup pintu gol dengan seramai mungkin defensive players.
Taktikal awal bolasepak dunia adalah berasaskan 2-3-5. Taktikal ini amat ofensif kerana mentaliti pemain bolsepak dahulu yang menganggap sukan ini sebagai pertarungan mencari gol lebih banyak.
Malah Antonio Conte sendiri pernah membentuk mini catenaccio ketika di Juventus, Itali dan Chelsea. Ia digelar mini kerana ianya tidak terlalu pasif dan defensif.
Revolusi Rappans
Namun ada revolusioner daripada Switzerland yang mencipta satu taktik yang mengubah dan menarik kordinasi pemain di tengah menjadi pertahanan. Beliau adalah Rappans. Rappans menggelar taktik ini sebagai Verrou, yang sama maksud dengan catenaccio dalam bahasa itali.
Rappans menjadikan 2-3-5 metodo sebagai asas kepada taktik ini.
Rappans mewujudkan satu sistem memenuhkan kawasan di depan goalkepeer dengan pemain pertahanan dan ia mencabar dan menyongsangkan sistem formasi konvensional yang melebihkan jumlah penyerang.
Sistem ini meletakan 3 defenders untuk bermain man to man marking ke atas sistem biasa 2-3-5. Tak cukup dengan itu Rappans turut mewujudkan satu role diberi nama ‘Libero’ atau sweeper. Libero (bebas) adalah pertahanan bebas yang sentiasa berada dibelakang pemain pertahanan / back 5. Jadi sistem pilihan ketika dahulu 1-3-3-3. Dalam bertahan mereka akan bermain man to man dalam plan pertahanan 1-5
Helenio Hererra Dan kegemilangan catenaccio
Hererrea telah mewujudkan satu sistem Catenaccio yg merupakan baka dan waris kepada verrou Rappan. Taktial ini telah digunakan secara meluas oleh pasukan under dog di Eropah.
Catenaccio inovasi Hererra adalah lebih sistematik. Hererra memasukkan elemen ini dalam pasukan Inter Milan yang dibayangi oleh seteru setempat AC Milan.
Herera bukan yang pertama memakai taktik ini di Itali. Sebelum itu ada Nereo Rocco membawa kelab Triestina sehingga menjadi naib juara Serie A.
Hererra bukanlah jurulatih yang memang defensif tetapi dia kecewa dengan pencapaian pasukan beliau yang menjaringkan gol kedua tertinggi dalam dua kempen pertama beliau bersama Inter di Serie A tetapi hanya mampu menduduki tempat ketiga pada tahun 1961 dan kedua tahun 1962. Beliau diambang pemecatan.
Justeru beliau mahukan satu pendekatan yang lebih selamat dan mendapati, aplikasi bertahan kemungkinan akan membantu mereka juara setelah 2 tahun bermain ofensif.
Taktikal ini amat dibenci oleh penggemar bolasepak ketika itu yang membeli tiket untuk menyaksikan gol. Namun Hererra tak pedulikannya. Kemuncak kejayaan taktikal ini adalah milik Inter dan Hererra. Ia apabila Inter menang ke atas Real Madrid pada UCL 1964.
Setahun kemudian menang ke atas Benfica yang dibarisi generasi emas era Eusobio pada final Piala Eropah 1965 hasil daripada impelememtasi catenaccio yang dianggap ‘sempurna’.
Kejayaan Hererra dan Catenaccio
3 Serie A (INTER)
2 European Cup (Inter)
1 Piala Italy (Roma)
Model Hererra adalah seperti 1-5-2-1 yang asimetri. Inter digelar IL Grande Inter pada zaman ini kerana terlalu power!
Bagaimana ia berfungsi?
Helenio Hererra sentiasa berkata: “Berfikir cepat, bertindak cepat, dan bermain cepat”.
Ini bermaksud anda perlu bermain direct dan aggresive dalam sistem ini. Pemain perlu cepat closing down dan menghalang sebarang build up pihak lawan.
Libero
Libero ini merupakan perkataan Itali yang bermaksud “bebas”. Selalunya, dia bebas berkeliaran di depan gol sendiri untuk menjalankan tugas tugas ‘menyapu’ atau sweper. Libero amat bebas di padang tanpa terikat dengan zonal taktikal
Libero akan berusaha menutup ruang antara backline yang cuba ditembusi oleh penyerang lawan. Jadi backline di depan Libero boleh fokus kepada man marking yang sudah ditugaskan.
Ini adalah salah satu ciri ciri yang asas. Cuba bermain dirty fooball dengan kerap melakukan clerance dan foul (professional atau dirty foul) Mereka akan cuba mengganngu tempo dan rentak pasukan lawan. Ingat lagi bagaimana Celtic menghalang Barcelona pada 2013?
Dan juga bagaimana Chelsea dibawah Di Matteo menentang Barcelona di semifinal UCL 2012. Itu antara contohnya.
Sit Back And Counter Attack
Jangan anggap mereka tak ada nafsu nak menyerang. Ini kerana mereka sudah ada plan jelas untuk menjaringkan gol. Mereka cuma berorientasikan quick counter dan bukan build up attack. Jadi dalam sistem ini akan ada pemain yang ada kemampuan untuk ‘memindahkan’ bola dengan speed ke atas.
Fouling the opponents
Isu foul adalah isu yang tak dititikberatkan dalam Catenaccio dan anda bebas melakukan sebanyak mana foul. Pemain yang berpotensi mendapat second yellow atau reds akan dikeluarkan serta merta kerana mereka mementingkan kuantiti di defensive third.
Kekuatan
- Menghalang third man running pihak lawan dengan menutup ruang di celah celah pemain pertahanan.
- Penjaga gol sentiasa dilindungi Libero
- Backline pula sentiasa dilindungi oleh DMF di depan mereka dan Libero di belakang mereka.
- Libero biasanya akan fokus kepada area key players pihak lawan atau weakest link dalam pasukan.
- Sistem ini sangat support counter attack kerana pihak lawan akan invest more player untuk menyerang mereka. Dengan sifat catenaccio yang cukup low pace dan statik, mereka ada energy simpanan untuk generate quick attack.
Kelemahan
- memerlukan unit pertahanan yang benar benar serasi.
- low pace dan kerap melepaskan foul
- kurang chances created
- imbalance dalam positioning
- tidak mementingkan active football sebaliknya terlalu pasif dan tak menarik
- Sistem man to man marking yang kuat akan mewujudkan kekeliruan jika pihak lawan menukar formasi pemain. Ini kerana setiap pemain sudah ada marking sendiri.
- memerlukan high energy untuk counter attack dari deep area.
- Dalam bolasepak moden ia tidak support offside trap dan membolehkan lawan masuk ke dalam kotak dengan mudah.
- Berpotensi memberikan penalti.
Kemerosotan
Tetapi pada tahun 1970, catenaccio mulai merosot kerana evolusi taktikal dunia yang lebih kompleks terutamanya era total football di Ajax. Pada tahun 1972, Inter di bawah Herrera telah ditewaskan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Eropah oleh Ajax yang mengamalkan Total Football
Pada tahun berikutnya, Nereo Rocco yg merupakan salah satu lagi kaki catenaccio di AC Milan telah berjaya mara hungga ke final dengan taktikal ‘pasif’ ini. Namun di final AC Milan dibelasah oleh Ajax 6-0. Selepas kekalahan 2 pasukan ini, semakin ramai jurulatih tidak yakin dengan sistem ini.
Pada tahun 1982, pasukan kebangsaan Italy meninggalkan sistem ini dan telah bermain sistem attacking football setelah lama bermain defensive football dan mereka menang 3-1 ke atas German di final Piala Dunia.
Mereka dikatakan menggunakan sistem semi-zone football. Selepas itu Italy mulai terbuka pintu hati untuk lebih bermain active football dan bukan pasif. Kini taktikal ini masih tidak digemari oleh peminat bolasepak. Mourinho pernah melablekan Sam Allardyce sebagai bermain bolasepak di abad ke -19.
Park The Bus
Ia adalah istilah yang digunakan Mourinho pada awal pengurusan beliau di Chelsea yang membenci passive/ negative/ defensive football yang juga digelar anti-football. Dalam satu temuramah selepas perlawanan menentang Spurs , beliau memberitahu wartawan,
“As we say in Portugal, they brought the bus and they left the bus in front of the goal. I would have been frustrated if I had been a supporter who paid £50 to watch this game because Spurs came to defend. There was only one team looking to win, they only came not to concede – it’s not fair for the football we played.”
Sebab itulah orang mengenakan beliau kembali. Jadi istilah Park The Bus memang sinonim dengan taktikal Catenaccio. Ia bukanlah model hererra sepenuhnya.
Walau apapun taktikal yang digunakan, ia memerlukan perlarasan dan kefahaman yang mendalam oleh pemain.
Aspek teknikal, kecergasan dan kecerdasan juga amat penting. Ini adalah sala satu taktik yang telah banyak membunuh beautiful football. Namun dalam banyak occasion taktikal ini juga dihukum teruk jika gagal dimainkan dengan baik.
Helenio Hererra menayatakan kepada Simon Kuper bahawa beliau kecewa dengan pendekatan ramai jurulatih yang bermain catenaccio untuk bertahan tanpa ada plan menyerang.
Beliau menghentam jurulatih Itali yang menjadikan Frachetti sebagai limited fullback dalam sistem catenaccio Itali. Menurut Hererra, catenaccio perlu menyerang. Beliau menjadikan Frachetti sebagai offensive fullback.
Di tengah beliau ada Luis Suarez yang dibawa dari Barca untuk menjadi pengalir utama bola ke hadapan.
Namun salah satu sumbangan besar cattenacio kepada bola sepak adalah, memberikan kesedaran bahawa bertahan itu juga penting dalam memenangi perlawanan.
Semakin banyak pasukan underdog berani untuk berhadapan dengan pasukan besar yang memiliki serangan yang kuat.
Walau apa gelaran diberikan, siapa dapat nafikan cattenccio juga berjasa ke dalam bola sepak dengan menjadikan sukan ini bukan sahaja sukan menyerang sahaja selepas itu. Maka wujudlah taktikal lebih seimbang yang bertahan dan menyerang.