Teori Taktikal: No.8 Dalam Bola Sepak Dan Evolusinya

PENGENALAN

Sebelum anda meneruskan pembacaan, saya harap anda tanam satu perkara dahulu dalam minda anda iaitu :
Ini bukan cerita nombor jersi , ini adalah cerita pasal role no.8 dalam bolasepak.

No.8 adalah peranan yang merujuk kepada Attacking midfielder. Ia di atas no.6 dan di belakang sedikit daripada no.10.

Ini lakaran paling ringkas tentang mereka:

NO.8 ROLE DALAM SISTEM 2-3-5

2-3-5 adalah sistem terawal penomboran dalam bolasepak di Eropah. No.8 dieertikan sebagai right inside forward ataupun role yang mirip right second striker dalam sistem 4-3-3 narrowed attacking 3.

Ketika ini bolasepak adalah sukan mencari gol semata mata dan belum ada usaha untuk menjadikan ia sebagai balance antara menyerang dan bertahan.

selepas pengenalan sistem offfside barulah ada sedikit usaha untuk bertahan dalam sistem 3-3-4 namun fungsi no.8 masih lagi sebagai right inside forward cuma kali ini lebih deep daripada 2-3-5.

NO.8 DALAM SISTEM 4-4-2

Segala macam no formasi yang ada pada hari ini adalah berasaskan sistem numeric 4-4-2.

Dalam sistem 4-4-2,cuma no.9 dan no.1 sahaja yang mengekalkan hayat mereka dalam kedudukan dan role yang sama.

Sedangkan semua role nombor lain diubah dan ada yang digerakkan sedikit seperti no.4 daripada right center half kepada centre midfielder.

No. 8 akhirnya lebih merujuk kepada centre midfielder yang lebih ofensif berbanding no.4. No. 8 menjadi antara kekuatan penting dalam skuad. Berikut adalah jenis jenis role No.8

1. Box to box Center Midfielder

Ini mungkin antara role yang paling glamor untuk no.8. Sistem box to box bermaksud, pemain yang bergerak di semua area di dalam padang dan tujuannya adalah untuk membantu serangan dan juga bertahan.

Rujukan terbaik untuk box to box adalah

– Gerrard di Liverpool
– Lampard di Chelsea dan England
– Paul Scholes
– De Rossi

2. Pure Center Attacking Midfielder

Ini adalah antara sistem yang digemari oleh tactician 4-5-1. Dalam sistem ini, no.8 tulen berada di bahagian sokongan kepada penyerang.

Mereka hampir seperti no.10 cuma dibezakan dari segi agility dan skil untuk dribble. No. 10 lebih exclusive dari segi gerakan namun CAMF lebih eksklusif dari segi shots dari range dan fizikal lebih keras.

Selain itu mereka lebih ke belakang secara posisi.

Rujukan terbaik
– Kaka ketika di AC Milan (Kaka juga banyak bermain no.10)
– Zinedine Zidane
– Gerrard

3. Pure CMF

Ada juga menggunakan no.8 sebagai pure CMF dan disebut juga sebagai no.4. Ini bermakna mereka stay di tengah tengah padang untuk menjadi playmaker di tengah.

Sistem ini amat rigid dan dalam bolasepak moden tak ada CMF yang betul betul statik. Sebab itu ramai lebih prefer system dep lying berbanding CMF rigid.

Pemain yang terbaik untuk menggambarkan sistem ini adalah Cesc Fabregas dan juga Ander Herrera.

No.4 ini agak malang, sebab mereka dianggap jack of all trades dan master of none. Sifat mereka akan selalu jadi bidan terjun dan kerap menjadi depth player.

4. Wide Attacking midfielder

Ini sebenarnya peranan yang muncul dalam sistem 4-3-3 dengan lone pivot. Contoh terbaik pastinya Iniesta dan Xavi Hernandez ketika di Barcelona.

Sebelum ini kita juga ada contoh di Malaysia, dengan Baddrol Bakhtiar ditolak oleh Tan Cheng Hoe ke half space kanan.

Pada hari ini kita juga melihat di Liverpool menggunakan sistem ini dalam 4-3-3 mereka.

Rumusan

Itulah penerangan ringkas tentang implementasi role no.8 yang popular.

Masih banyak modifikasi yang lebih kompleks dalam sistem ini. Jadi, mana satukah sistem no.8 yang anda gemari ?

Ia sebenarnya boleh dicampur / hibrid. Cuma nak tahu mana tipikal no.8 kegemaran anda. Saya sudah pasti box to box.

Baca yang lain