Baru baru ini,.Ter Stegen mendedahkan sisi buruk Lionell Messi ketika di Barcelona. Dan jelas ianya tidak menggembirakan peminat Barca yang meminta dia tutup mulut sahaja dan fokus kepada diri sendiri.
Ter Stegen memberikan wawancara untuk BILD di Jerman beberapa minggu lalu. Dia mendedahkan perangai buruk Messi. Misalnya, Messi seorang yang panas baran dan biadap ketika melepaskan kemarahannya.
Misalnya dia akan merembat bola sesuka hati dia ke arah kepala atau muka pemain lain. Kadangkala pemain pemain lain ini tidak tahu apa salah mereka, dan apa sebabnya Messi marah?
Sebelum ini terdapat khabar angin tentang hubungan Messi dan Ter Stegen tidak bagus. Namun ketika itu peminat menganggap itu mungkin cuma mainan media.
Dan sekarang, beberpa tahun selepas Messi pergi meninggalkan Barceloona, penjaga gol Jerman itu membuka mulut dan seolah olah mengesahkan memang dia dan Messi tidak ngam.
Ter Stegen berkata: “Leo adalah pemain – mungkin satu satunya pemain – yang boleh merembat bola tepat ke arah muka kamu kalau dia betul betul nak buat. Dia ada kemampuan buat benda tu. Dan dia sudah melakukannya beberapa kali. Yang lain biasanya akan miss untuk buat.
“Namun Messi boleh buat dan dia pernah buat, serta boleh melakukannya banyak kali. Dia pernah marah dan rembat bola ke arah muka saya. Ianya tidaklah bahaya. Cuma itu memang salah satu cara dia.
“Dari mana punca kemarahan dia? Kamu kena tanya dia sendiri,” kata Ter Stegen kepada BILD.
❗Ter Stegen: "Messi is probably the only player who, if he wants to shoot a ball directly at your face, actually can. Most others would miss. But he could do it, and he did, more than once, when he was mad… He shot a ball directly at my face. It wasn’t malicious. It was just… pic.twitter.com/4uUXdOTYkZ
— Barça Universal (@BarcaUniversal) April 9, 2025
Ter Stegen akui dia antara pemain yang tidak ngam dengan Lionel Messi. Mereka tidak ada hubungan yang mesra di dalam pasukan.
“Ada ketikanya, saya dan Lionel Messi tidak boleh duduk bersama dan hubungan kami tidak begitu bagus. Kadangkala sebab saya, kadangkala sebab dia.
“Leo mendapat motivasi daripada banyak perkara yang kami tak mampu mendapatkan motivasi dengan cara itu. Saya sentiasa menghormati dia dan dia jarang sekali nak menghormati pandangan saya.
“Kamu juga belajar banyak daripada Leo Messi.”
Peminat Barcelona kecewa dengan Ter Stegen yang dianggap sengaja cuba menjual cerita Messi untuk menarik perhatian media.
Ada yang menganggap, tidak hairan Messi tidak sukakan Ter Stegen. Pemain yang dianggap lapar perhatian.
This picture says a lot to be honest. pic.twitter.com/qP9l7R4DJI
— DesmundOris (@Desmund_Oris) April 8, 2025
Selain itu ada yang melabel Ter Stegen sebagai dungu membuat kenyataan memburuk burukkan legenda sejati kelab itu.
Ada yang mengingatkan Ter Stegen bahawa Messi beberapa kali menutup kesilapan penjaga gol itu dengan gol penting di barisan serangan. Dan yang lain yakin bahawa Ter Stegen selayaknya dijual musim panas ini.
Ada peminat bola sepak lain mahu tahu, apa puncanya, Messi tak suka Ter Stegen? Seorang peminat Barca menjawab, ianya kerana mulut Ter Stegen sendiri.
Misalnya pada musim 2018/19, penjaga gol itu dengan terbuka memberitahu wartawan bahawa pemain pemain Barca malas berlatih.
Kenyataan itu dibantah oleh Messi yang ketika itu menjadi kapten kelab. Messi kecewa penjaga gol itu membuatkan media dan peminat memandang serong komitmen pemain pemain Barca.
Kedua dua pemain menjadi pemain penting yang membantu Barca memenangi treble. Namun ketika Messi meninggalkan kelab itu, Ter Stegen sempat meletakkan ayat ini: “Walaupun kami seringkali tak sehaluan dalam banyak perkara.”
Peminat Barca yang lain pula menyatakan bahawa, memang Ter Stegen tidak salah tentang isu pemain Barca yang malas berlatih. Perkara itu disedari oleh Xavi sendiri ketika pengurus itu mengambil alih.
Sebelum Xavi tiba, pemain seperti Ousmane Dembele malah pernah dikenakan tindakan kerana tak dapat bangun pagi dan tak datang latihan. Dembele masih tidur di rumah kerana semalaman bermain video game.
Namun cara Ter Stegen terlalu terbuka di hadapan media dianggap tidak profesional.
Ada yang menyatakan bahawa, rasa hormat mereka kepada Messi kini empat kali ganda. Kerana mereka rasa Ter Stegen memang layak kena shoot dekat muka.
my respect for messi just quadrupled 😂😂
— Musk Jnr. 🀄🇺🇸 (@_FarouqOlami) April 9, 2025
Mereka mendedahkan tentang sikap buruk Ter Stegen yang kuat cemburu dengan pemain lain. Misalnya, dia pernah menunjukkan rasa tak puas hati kepada Manuel Neuer yang menjadi penjaga gol no.1 Jerman.