Terbaik! Becky Hammon Cipta Sejarah Wanita Pertama Kendali Tugasan Pengurus NBA

Tahun 2020 mungkin penuh dengan kisah tidak bagus dan pelik kerana dunia dilanda wabak. Namun banyak juga cerita menarik tahun ini.

Antaranya adalah penutup tahun 2020, di mana Becky Hammon menjadi wanita pertama menjadi pengurus di tepi gelanggang dalam sejarah NBA.

Ini selepas Greg Popovich diusir daripada kawasan teknikal. Becky Hammon menggalas tugas selaku pengurus dalam aksi NBA di antara San Antonio Spurs dan Los Angeles.

Dalam aksi tersebut Spurs kalah 107-121 di tangan LA Lakers. LeBron James menjadi pencetak jaringan utama Lakers dengan 26 mata pada harijadi ke-36 King James.

Popovich diperintahkan meninggalkan tempatnya oleh pengadil Tony Brown ketika aksi berbaki 3 minit 56 saat pada suku kedua. Popovich membantah tindakan pengadil dan menengking pengadil.

Hammon mengambil alih pasukan ketika aksi timeouts. Di mana beliau menjadi pembantu pengurus sepenuh masa wanita yang pertama menjadi pengurus yang mengendalikan pasukan dalam sejarah NBA.

Musim lalu Popovich juga pernah diusir, namun ketika itu beliau digantikan oleh Tim Duncan dalam aksi berdepat Portland pada 16 November 2019.

Duncan memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya di Spurs pada musim ini dan Popovich melantik Becky Hammon sebagai pembantunya.

Hammon memenang 3 kejuaraan seluruh Amerika bersama Colorado State ketika dan juga pernah menyarung jersi New York Liberty dan San Antonio Stars dalam aksi WNBA.

Hammon bersara dan menyertai staf kejurulatihan Popovich pada 2014.

Selepas tamat perlawanan Becky berkata: “Jelas ia perkara yang besar, satu momen yang sangat besar berlaku.”

“Saya cuba untuk memikirkan gambaran yang besar dan aspek yang lebih luas, kerana itu akan mewujudkan emosi yang terlalu kuat.”

LeBron James menjaringkan dua angka untuk kali ke-1000 dalam kariernya, melanjutkan lagi rekod dirinya sendiri. James menyatakan dia terkesima mendengar suara wanita menjerit dari luar gelanggang mengarahkan para pemainnya di dalam gelanggang.

James berkata: “Ianya perkara yang sangat indah mendengar beliau [Becky] menjerit, berteriak di luar gelanggang. Tahniah kepada beliau dan tahniah kepada liga ini.”

Stephen Curry turut meraikan detik tersebut menerusi Twitternya: