Terbuka India: Lee Zii Jia Pulang Awal Sekali Lagi

Nampaknya musim 2023 tidak bermula dengan baik untuk pemain no.2 dunia Lee Zii Jia. Ini apabila dia sekali lagi tersingkir pada pusingan awal.

Kali ini pemain persorangan no.1 negara, Lee Jia tewas pada pusingan kedua Terbuka India di tangan pemain China, Li Shifeng.

Shifeng berjaya mengejutkan Lee Zii Jia dalam pertarungan 64 minit dengan skor  21-11, 14-21, 21-18.

Zii Jia diberikan tentangan luar biasa oleh Li Shifeng.

Kekalah ini juga sekaligus membuatkan Zii Jia gagal melepasi pusingan awal buat kali kedua berurut turut dalam masa beberapa minggu.

Pada awal bulan ini Lee Zii Jia disingkirkan oleh Kodai Naraoka dari Jepun pada pusingan pertama terbuka Malaysia.

Zii Jia ketika itu gagal memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Selepas tamat perlawanan, Zii Jia menyatakan dia bergelut dengan keadaan angin di dalam arena Axiata.

Prestasi Lee Zii Jia ketika ini agak terumbang ambing. Walaupun ramai yang mengkritik prestasinya, namun ramai juga peminat yang memberikan sokongan kepada Zii Jia agar bangkit segera selepas ini.

Baca yang lain