Terbuka Jepun: Zii Jia Tersingkir Pusingan Pertama Dengan Straight Set

Hasrat Lee Zii Jia untuk menebus kehampaannya dalam kejohanan dunia yang lalu, tidak kesampaian.

Lee Zii Jia sekali lagi pulang awal. Selepas tersingkir pada pusingan ke-3 kejohanan dunia yang lalu, kini perseorangan no.4 dunia itu tersingkir pusingan pertama Terbuka Jepun.

Bertempat di Maruzen Intec Arena Osaka, Kali ini Zii Jia dihantar pulang oleh Srikanth Kidambi dengan pertarungan straight set 20-22, 21-23.

Zii Jia ternyata menunjukkan kekecewaannya selepas beberapa percubaan yang cuba dilakukannya tidak menjadi.

Selain itu, Srikanth berjaya menebus kekecewaan kem India selepas Lakshya Sen, yang tewas kepada Kenta Nishimoto dari Jepun dalam 3 set yang sukar dengan 21-18, 14-21, 13-21.

Saina Nehwal turut tewas dalam perlawanan terus kepada Akane Yamaguchi, 21-9 dan 21-17 untuk tersingkir awal.

Kekecewaan Zii Jia kali ini berlaku hanya selepas dia disingkirkan pada pusingan 16 akhir Kejohanan Dunia BWF baru baru ini. Di mana ketika itu Zii Jia tewas dalam pertarungan 3 set kepada pemain perseorangan China, Zhao Junpeng.

Terbuka Jepun dianggap kejohanan yang sangat berprestij kerana menawarkan antara hadiah pertandingan terbesar dalam kalendar BWF.

Nampaknya bukan rezeki Lee Zii Jia sekali lagi dalam kejohanan badminton beprestij di peringkat antarabangsa.

Dan kita sebagai peminat badminton tanah air pastinya berharap Lee Zii Jia akan bangkit segera untuk mendapatkan semula prestasi terbaiknya.

Paling penting adalah, Lee Zii Jia mendapatkan semula keyakinan beliau yang kelihatan sedikit terhakis pada ketika ini.

Baca yang lain