TERGEMPAR! Chelsea Berunding Dengan Donnarumma

Chelsea dilaporkan sudah memulakan langkah untuk berunding dengan Gianluigi Donnarumma.

Simon Philipps dari SI menyatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh sumber yang sama ketika membocorkan berita Mendy sebelum ini.

Sumber tersebut menyatakan bahawa Chelsea sudah memulakan rundingan dengan Gianluigi Donnarumma untuk membawa masuk pemain itu ke Stamford Bridge pada musim hadapan sebaik sahaja kontrak bintang muda Itali itu tamat dengan AC Milan.

Perkembangan tersebut sangatlah mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini Chelsea baru sahaja membeli Edouard Mendy.

Ianya selepas di bawah bimbingan Sarri, Chelsea mendapatkan Kepa Arrizabalaga dengan rekod dunia untuk penjaga gol.

Prestasi teruk Kepa membuatkan beliau hilang tempat bersama Chelsea.

Mendy menunjukkan prestasi yang cemerlang pada permulaan musim ini. Beliau antara penjaga gol yang banyak melakukan save.

Beliau masih muda dan telah menempatkan dirinya di kalangan penjaga gol terbaik di Eropah ketika ini.

Chelsea pula sudah lama menginginkan khidmat Gianluigi Donnarumma. Namun sebelum ini terhalang dengan harga terlalu tinggi diminta AC Milan.

Donnarumma musim ini konsisten sama seperti musim sebelum ini. Dan beliau menjadi nadi penting dalam prestasi cemerlang AC Milan yang kini dalam landasan terbaik untuk mengakhiri kemarau kejuaraan Liga.

Ini bukan perkembangan yang menggembirakan AC Milan. Namun ini bukan pertama kali Milan berdepan cabaran untuk mengekalkan pemain itu.

Sebelum ini Milan bergelut untuk mengekalkan Donnarumma daripada menyertai Juventus. Selain dari Chelsea, Juventus juga masih dikaitkan dengan Donnarumma.

Baca yang lain