Itali kini dalam proses membicarakan kumpulan Mafia terbesar di Itali yang menguasi dunia kongsi gelap sejak berdekad dekad lamanya iaitu ‘Ndrangheta.
Ndràngheta adalah sindiket jenayah yang berpusat di Calabria, Itali. Walaupun tidak segah mafia Sicilia, ‘Ndrangheta adalah sindiket jenayah paling kuat di Itali pada akhir 1990-an dan awal 2000-an.
Organisasi ini sering dikaitkan dengan mafia Sicilia, tetapi ‘Ndrangheta sebenarnya beroperasi secara bebas, walaupun ada kontrak antara keduanya kerana jarak dekat Calabria dan Sicilia dan budaya dan bahasa yang sama.
Seorang diplomat AS pernah membongkar aktiviti mereka kepada media dan menganggarkan bahawa aktiviti penyeludupan, pemerasan dan pengubahan wang haram organisasi itu menyumbang sekurang-kurangnya 3% daripada produk domestik kasar Itali pada tahun 2010.
Sejak tahun 1950-an, organisasi ini telah meluaskan kawasan operasi ke Itali Utara dan juga seluruh dunia.
Menurut laporan Europol 2013 yang bertajuk “Penilaian Ancaman Terhadap Jenayah Terancang Itali”, ‘Ndrangheta adalah salah satu organisasi jenayah terkuat dan terkaya di dunia.
Mereka memiliki jaringan perhubungan dengan kongsi gelap lain di seluruh dunia termasuk kartel dadah di Colombia.
Ratusan defendan dipanggil
Beberapa orang ahli politik dan pegawai atasan kerajaan antara defendan dalam kes ini daripada sekurang-kurangnya 900 orang akan memberi keterangan.
Itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Kerana realitinya di Itali, untuk menguatkan kuasa dan pengaruh, biasanya tokoh tokoh ini ada mafia di belakang mereka.
🇮🇹🏛️ Italy's largest mafia trial in more than 30 years is set to begin on Wednesday, as prosecutors hope to strike a blow to the 'Ndrangheta crime syndicate, whose tentacles reach worldwide.
Our Italy correspondent @seemagup has the details ⤵️ pic.twitter.com/ZnlkJ6jKfq
— FRANCE 24 English (@France24_en) January 13, 2021
Proses perundangan ini berlaku di Lamezia Terme, di wilayah Calabria, di selatan Itali. Pihak berkuasa telah mewujudkan ruang mahkamah dengan kapasiti 1,000 orang dengan keselamatan yang ketat.
Oleh kerana sekarang musim wabak. Maka defendan akan memberikan keterangan menerusi sidang video dari bilik khas.
One of Italy’s largest-ever mafia trials kicked off on Wednesday, with more than 320 suspected mobsters and their associates facing an array of charges, including extortion, drug trafficking and theft https://t.co/EhBIxjENhD pic.twitter.com/WrLWdXgTEA
— Reuters (@Reuters) January 13, 2021
Mereka yang hadir di ruang sidang memakai topeng muka dan diletakkan di sel yang telah disediakan. Mereka berada dua meter dari defendan lain.
Ini adalah perbicaraan terbesar terhadap mafia sejak 1980-an. Hampir semua defendan ditangkap pada Disember 2019 di Itali, Jerman, Switzerland dan Bulgaria berikutan siasatan besar besara dilakukan sejak 2016 di 11 wilayah di Itali.
Operasi untuk menangkap anggota mafia melibatkan kira-kira 2,500 pegawai polis.
Mafia mafia yang didakwa ini berasal dari satu keluarga, Mancuso, yang mengasaskan mafia Ndrangheta, yang terkenal sebagai salah satu kumpulan penjenayah paling kuat di Itali.
Semasa proses perbicaraan baru-baru ini, pihak pendakwa memerlukan lebih dari tiga jam untuk membaca nama-nama defendan, kata agensi berita AFP.
Terdakwa termasuk ahli politik, pegawai polis dan penjawat awam negeri, yang disyaki menjadi anggota dan membantu aktiviti mafia.
Godfather Mafia turut dipanggil
Di antara defendan, yang paling terkenal ialah Luigi Mancuso (gambar), 66, yang merupakan godfather kumpulan mafia ini – dikenali sebagai “The Uncle”. Dia disyaki sebagai bos klan mafia ini. Defendan lain, hanya disebut sebagai “The Wolf”, “Fatty” dan “Blondie”.
Jumlah defendan mencapai lebih dari 400 orang apabila ditambah lagi sebanyak 92 suspek yang memilih untuk menjalani “prosiding perbicaraan segera”.
Mereka termasuk Giancarlo Pittelli, seorang peguam dan bekas anggota senat dari Forza Italia, parti yang dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Silvio Berlusconi.
Pittelli telah menolak tuduhan bahawa dia mengaitkan ‘Ndrangheta dengan ahli politik dan institusi rasmi seperti mahkamah.
Kumpulan ‘Ndrangheta dipercayai mengawal bekalan kokain yang memasuki Eropah dari Amerika Selatan dan wilayah lain. Kes ini dikendalikan oleh Nicola Gratteri, seorang pendakwa berusia 62 tahun, yang terkenal menangani banyak kes mafia.
Dia mendapat perlindungan polis selama lebih dari 30 tahun, untuk memastikan keselamatannya terkawal. Beliau bertekad untuk membubarkan kelompok ‘Ndrangheta, yang digambarkannya sebagai “menyeksa rakyat”.
Tetapi Profesor Varese memberi amaran bahawa percubaan ini bukanlah akhir kumpulan.
“Mungkin anggota-anggota tersebut dipenjara, tetapi juga akar masalahnya tidak ditangani, orang-orang akan membentuk kelompok baru,” kata Varese.
Prosecutor Nicola Gratteri has spent the past three decades battling Italy’s most powerful mob group, the 'Ndrangheta, renouncing any semblance of a normal life as he seeks to break its grip on his native Calabria https://t.co/3p6n4UCFnb pic.twitter.com/uRTa5wOURU
— Reuters (@Reuters) January 13, 2021
Tetapi dakwaan untuk beratus-ratus orang tidak hanya berkaitan dengan jenayah dadah.
Terdapat juga tuduhan menjadi ahli atau terlibat dalam aktiviti mafia, pembunuhan, cubaan membunuh, pemerasan, aktiviti lintah darah, mengakses rahsia negara dan penyalahgunaan kuasa.
“Proses undang-undang menunjukkan bahawa kumpulan aktivis ‘Ndrangheta sangat berakar dalam kehidupan masyarakat,” kata Federico Varese, profesor undang-undang jenayah di University of Oxford, kepada agensi berita AFP.
“Ini juga menjelaskan mengapa jumlah defendan adalah mencecah ratusan orang,” kata Varese.
Italy has begun one of its biggest-ever mafia trials as it targets the 'Ndrangheta clan, which is now considered the country's most powerful organized crime group pic.twitter.com/4tVIFF7wQo
— Reuters (@Reuters) January 13, 2021
Throwback: Iaquinta dikaitkan dengan sindiket mafia ayahnya
Beberapa tahun lalu Juara Piala Dunia 2006 bersama Itali, Iaquinta pernah dikenakan pertuduhan dengan kesalahan terlibat aktiviti mafia dengan geng mafia di Calabria, ‘Ndrangheta’.
Pada 2018, Iaquinta dijatuhi hukuman penjara 2 tahun. Hakim mengurungkan 4 tahun daripada hukuman asal. Ini kerana tiada bukti kukuh Iaquinta terlibat secara langsung dengan beberapa aktiviti mafia seperti pergaduhan, serangan, pemerasan, dan jenayah serangan fizikal lain.
Namun Iaquinta tetap ada kaitan dengan kumpulan mafia tersebut. Dan tidak boleh mengelak hukuman penjara kerana kesalahannya terlalu berat iaitu memiliki senjata api haram.
Lebih daripada 140 orang diadili kerana didakwa terlibat dengan gerakan mafia terkemuka di utara Itali.
Mereka disyaki menjadi sebahagian dari ‘Ndrangheta yang berusaha untuk mengacau dan mengawal sosio politik di utara negara Itali’.
Ketika diserbu, Iaquinta disahkan memiliki revolver berkaliber Smith & Wesson 357, dan 7.65 Browning Kelt-tec, serta 126 peluru. Dan ianya tanpa lesen.
Iaquinta mendakwa bahawa senjata itu digunakan untuk menjaga rumahnya.
Iaquinta: Saya suka suka je main pistol di rumah
“Saya orang terkenal,” kata Iaquinta dalam pembelaannya pada bulan Mei 2018. “Saya membeli senjata itu untuk masa depan apabila saya berhenti bermain.”
“Saya hanya menembak suka suka di rumah sebagai hobi.”
Tetapi mahkamah mengaitkan Iaquinta dengan ayahnya, yang dilarang memiliki senjata sejak 2012, kerana terlibat dengan geng ‘Ndrangheta.
Bapa Iaquinta sendiri, Giuseppe, terbukti menjadi sebahagian daripada kumpulan itu dan telah dijatuhi hukuman penjara 19 tahun,
Ketika ditemui wartawan, Iaquinta meroyan dan marah ketika ditanya soalan.