Malaysia dan Indonesia sekali lagi bertemu dalam acara bola sepak. Kali ini pada Kejohanan Bawah 18 tahun (B-18) Sekolah Sekolah Asia 2019 di Stadium Batakan, Balikpapan, Indonesia malam tadi.
Malaysia melepasi saingan separuh akhir itu dengan kemengan menerusi penentuan penlti. Ianya selepas masa penuh perlawanan terikat 1-1.
Seperti biasa, perlawanan di antara Indonesia dan Malaysia akan sentiasa panas dan seperti masuk ke zon perang.
Namun perkara yang menarik perhatian Wany adalah babak di mana seorang pemain remaja Indonesia yang melindungi pemain. Malaysia daripada balingan objek.
Christian Rumbiak, pemain no.7 telah menjatuhkan pemain Malaysia. Dan penyokong bertindak dengan membaling botol. Christian dengan sportifnya telah melindungi lawannya itu dan meminta penyokong menghentikannya.
Tindakan itu benar benar menusuk naluri Wany dan tak terasa sebab dan terharu ketika Wany menyaksikannya.
Malah ada objek yang terkena kepala adik Christian Rumbiak. Tetapi dia tetap tak berganjak daripada kedudukannya.
Aura Christian nampak jelas. Apabila berjaya memenangkan para penyokong yang sedang panas. Dan Christian menyepak keluar botol botol yang dilempar itu.
Aksi sportivitas pemain Timnas Indonesia Pelajar, Christian Rumbiak melindungi pemain Malaysia dari lemparan botol penoton di Stadion Batakan#timnasday #timnas #timnasindonesia #malaysia #Indonesia pic.twitter.com/fbhhS6InQl
— Bola Nusantara (@BolaNusantaraID) November 22, 2019
Rata rata warganet memberikan penghargaan dan kekaguman ke atas Christian Rumbiak di atas tindakannya itu.
Wany hanya mampu mendoakan adik akan berjaya di dalam karier pada suatu masa akan datang dan membantu negara kamu memenangi sesuatu untuk negara Indonesia.
Terima kasih kerana mengajar kami bahawa di lapangan sepak bola itu semangat kesukanan itu masih mekar. Begitu juga dengan para pemain Malaysia dan Indonesia yang sentiasa menunjukkan semangat itu walaupun ada perseteruan panas.
Andik Vermansyah misalnya sebelum ini masih bergelak ketawa pergi ke arah pemain Malaysia yang ramai antara mereka adalah kenalannya.
Harap suatu hari nanti Christian Rumbiak bermain di Liga Malaysia.