Terima Kasih Adam Lallana, Pemain Yang Memudahkan Klopp Mengajar Gegenpressing

Adam Lallana akan meninggalkan Liverpool selepas berakhir musim ini.

Antara pemain yang sudah melalui banyak suka duka bersama Liverpool.

Beliau menitiskan air mata pada hari Liverpool bermain perlawanan terakhir di Anfield musim ini.

Lallana tidak diturunkan dalam perlawanan itu, namun emosi jelas menyelubungi pemain yang penting buat Klopp.

“Ianya sesempurna yang mungkin. Jelas sekali ini hari yang sedih, hari saya di Anfield.

Ketika wartawan bertanya tentang perasaan beliau, Lallana menyatakan beliau sangat bangga dapat bermain di Liverpool.

Pemain yang memilih Liverpool kerana sejarah kelab ini. Ketika itu beliau menjadi buruan banyak pasukan.

Siapa kata sejarah kelab tak penting? Nilai dan budaya bola sepak oleh scouser di Liverpool menjadi antara sebab ramai pemain ke Liverpool walaupun ketika ianya sedang bergelut dengan prestasi.

Lallana menikmati musim terbaiknya selepas itu, dan menjadi pemain penting dalam skuad kebangsaaan England.

Namun kecederaan antara perkara yang terus menghantui beliau. Dan setiap kali beliau cergas, Jurgen Klopp sentiasa cuba memberikan peluang kepada Lallana, sehingga dia digelar anak emas Klopp.

Mungkin Klopp merasai sentimental value yang ada pada Adam Lallana. Pemain yang dianggap sangat penting oleh Klopp dalam pembentukan DNA bola sepak beliau di Anfield.

Antara moment ikonik adalah gol ke atas Norwich dengan keraian dan kemenangan gila.

Sampai pecah spek Jurgen.

Lallana: “Sempurna sekali”

Lallana menganggap ianya satu pengakhiran yang sesempurna mungkin. Menjulang Liga Perdana Inggeris pada musim 2019/20.

“Saya datang ke Liverpool untuk memenangi trofi, dan saya sangat bertuah dapat memenangi Liga Juara Juara Eropah, Piala Dunia Kelab, Liga Perdana Inggeris, Super Cup, dan ianya hebat untuk memenangi kesemuanya di ruang locker.”

Mungkin Lallana hanyalah cult hero bagi ramai orang, namun bagi sesetengah orang beliau dianggap legenda secara peribadi. Itu pilihan masing masing kan.

Apa yang pasti, inilah dia wajah pemain yang akan dikenang selamanya. Pemain yang bersama kita susah dan senang.

Pemain yang berperanan penting dalam menunjukkan cara gegenpressing itu berfungsi. Di sini aku ada jelaskan dengan panjang lebar.

Kalau ikutkan dia nak pergi pada awal musim ini. Namun Klopp berdepan kesulitan untuk mendapatkan pemain baharu. Dan dengan tidak angkuhnya Lallan terus kekal demi squad depth.

Destinasi seterusnya?

Adam Lallana dikaitkan dengan kepulangan semula ke kelab lamanya, Southampton.

Di mana kelab tersebut sudah bersedia untuk kehilangan Pierre-Emile Højbjerg yang menjadi sasaran Tottenham Hotspur.

Jordan Henderson paling terasa lepas ni. Jika Mo Salah dan Lovren, Mane dan Firmino adalah bromance, Hendo pula dengan Lallana.

Sampai dalam permintaan khas Liverpool untuk trip ke tempat jauh – mereka akan meminta Hendo dan Lallana diletakkan di bilik bersebelahan.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi