Kepercayaan oleh Jurgen Klopp kepada Takumi Minamino membuatkan pemain antarabangsa Jepun itu bertekad untuk membalasnya di atas padang.
Klopp memberikan Minamino debut ataupun kemunculan sulung dalam aksi Liga Perdana Inggeris ketika kemenangan di Wolverhampton Wanderers pada hari Khamis lalu.
Takumi Minamino masuk menggantikan Sadio Mane yang cedera sejurus selepas sejam aksi di atas padang.
Ia adalah penampilan kedua Takumi Minamino untuk Liverpool sejak tiba dari Salzburg pada awal bulan ini. Dengan pemain No.18 kini sedang berusaha untuk beradaptasi dengan pasukan baharunya dan meningkatkan kualiti permainannya.
Taki berkata: “Saya dapat merasakan kepercayaan pengurus ke atas saya. Jadi saya benar-benar mahu membayarnya,” kata Minamino berikutan kemenangan Wolves.
Minamino menyatakan beliau agak tak berpuas hati dengan prestasi beliau ketika berhadapan dengan Wolves. Dan bertekad akan memperbaiki lagi persembahan beliau.
“Secara peribadi, saya tidak berpuas hati dengan prestasi saya sendiri [di Wolves], jadi saya ingin memenuhi harapan kesemua orang yang terus menyokong saya.”
“Saya sentiasa bersedia beraksi pada bila – bila masa. Dan yang saya fikirkan, paling penting adalah bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dengan lancar dan masuk ke dalam permainan.”
“Saya tidak merasakan apa-apa tekanan. Saya tidak pasti berapa harapan yang diletakkan ke atas saya, tetapi saya tidak rasa takut untuk melakukan apa sahaja.”
Klopp memuji debut EPL pemain itu. Kerana Liverpool secara keseluruhannya memang agak bergelut berhadapan dengan pasukan Wolves yang beraksi baik.
View this post on InstagramA post shared by 南野拓実 takumi minamino (@takumi18minamino_official) on
Minamino menawarkan fleksibiliti beliau untuk pasukan ketika di atas padang. Cuma hubungan dengan pemain di bahagian lain masih memerlukan masa untuk mencari keserasian.
Teringat kepada Fabinho dahulu yang tidak terus menjadi pemain utama secara automatik. Klopp merancang teliti transisi pemain.
Dalam pada masa yang sama, skuad ini tidak terlalu terdesak untuk meminta Minamino memberikan aksi 100% secara terus.
Pemain berusia 25 tahun itu memainkan peranan ketika The Reds menewaskan Everton di Piala FA. Beliau bermain di posisi no.9 ketika itu. Namun dalam aksi berhadapan Wolves, Taki bermain di sayap kiri dan sayap kanan.
“Saya boleh bermain di kedua-dua belah bahagian. Perkara yang lebih mustahak adalah tentang bagaimana untuk menghubungkan dengan fullbacks,” kata Minamino.
“Jika kita dapat membentuk persefahaman yang lebih baik antara satu sama lain, saya yakin ia akan menjadi lebih baik.”
“Mereka menjaringkan gol penyamaan selepas saya masuk, jadi saya terdesak untuk menyumbang sesuatu dalam mencipta gol kemenangan dalam apa jua cara saya boleh.”
“Selepas kami menjaringkan gol kedua, saya mahukan permainan ini lebih mudah dan cuba membantu pasukan bertahan dengan kukuh.”
Takumi Minamino dijangka akan menjadi pemain kesebelasan utama dalam aksi Piala FA menentang Shrewsbury.