Terima Kasih Tan Cheng Hoe, Dari 0 Kemenangan Kepada 8 Seterusnya 9 Kali Setahun

Tan Cheng Hoe menutup tahun 2019 dengan mencatat kemenangan ke-9 secara tahunan. Satu angka peningkatan yang cukup drastik selepas beliau mengambil alih skuad Harimau Malaya.

Malaysia tidak mencatat sebarang kemenangan pada tahun 2017 dan selepas itu terus mula menunjukan kebangkitan pada 2018 dengan 8 kemenangan yang dicatatkan. Tan Cheng Hoe terus meningkatkan pencapaiannya di pentas antarabangsa dengan merekod kemenangan ke-9 pada tahun ini.

Kita harus berterima kasih kepada jurulatih yang pernah melakukan kebangkitan bersama Kedah sebelum beralih ke platform negara. Tan ada sentuhan kebangkitan.

Tugasan negara akan berehat sebelum disambung semula pada Mac 2020, sama ada mampu membuat kejutan mendapat slot terus ke Piala Asia. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak Piala Asia dibesarkan dan melibatkan semua ahli Federasi Bola Sepak Asia (AFC)

Malaysia mengintai peluang besar untuk misi melakukan kejutan

Malaysia melonjak ke tangga ke-2 kumpulan G selepas menewas Indoneia berbekal kelebihan 1 mata dihadapan Thailand yang seri dengan pendahulu kumpulan, Vietnam.

  • Vietnam, 11 mata/5 perlawanan
  • Malaysia, 9 mata/5 perlawanan
  • Thailand, 8 mata/5 perlawanan
  • UAE, 6 mata/4 perlawanan
  • Indonesia, 0 mata/5 perlawanan

Malaysia sekali lagi berjaya menunjukkan aksi baik ketika skuad Garuda berdepan pelbagai cabaran dari mereka sendiri seperti jadual liga domestik tidak menentu dan pemecatan ketua jurulatih dalam minggu antarabangsa November.

Indonesia pada minggu antarabangsa September jelas lebih baik berbanding November. Isu tersebut dilihat mula melemahkan bekas skuad McMenemy ini.

Malaysia 2 Indonesia 0

Malaysia tidak memerlukan intensiti yang tinggi untuk mengatasi Indonesia pada kali ini. Jaringan dari sepakan percuma Safawi cukup membezakan antara 2 pasukan ini pada separuh masa pertama. Safawi menambah jaringan pada separuh ke-2 bagi membolehkan Malaysia selesa dihadapan.

Sebelum itu Aidil Zafuan melakukan aksi menyelamat di atas garisan untuk tidak memberi pendahuluan kepada Garuda.

Aksi Farizal menyelamatkan sepakan penalti, rembantan lencong Safawi hampir memberi hatrik kepadanya menjadi antara momen menarik dalam perlawanan ini.

Persamaan Malaysia dalam 2 perlawanan pada minggu ini adalah, Malaysia cukup garang pada 30 minit terakhir perlawanan walaupun agak perlahan pada awal permaianan. Thailand dan Indonesia menghadapi Malaysia yang dasyat pada hujung perlawanan.

Safawi menunjukan kualiti Pemain Bernilai Domestik

Penggantungan Shafiq Ahmad memberi laluan kepada pemain ini bermula di posisi kegemarannya, sayap menyerang kanan. Mamadou Sumareh bermula sebagai penyerang tengah sebelum beralih ke sayap menyerang kiri selepas Akhyar digantikan oleh Norshahrul Idlan Talaha.

Safawi menterjemahkan jaringan melalui sepakan percuma hampir 30 meter melalui sepakan melencongnya. Safawi melakukan jaringan ke-2 yang mengingatkan kembali kita kepada jaringan Norshahrul satu masa dahulu dengan merampas bola di garisan dari pemain lawan dan melakukan satu rembatan ke dalam gawang Indonesia.

Selamat berehat kepada Tan Cheng Hoe dan terus gagah pada Mac 2020

Selamat menikmati percutian kepada Tan Cheng Hoe, Malaysia tidak akan mempunyai sebarang kejohanan pada tahun ini seperti kejohanan AFF. Selamat berehat kepada semua pemain Harimau Malaya sebelum musim domestik memasuki pra musim pada Januari 2020.

Malaysia akan menyambung kempen kelayakan dengan 2 perlawanan pada minggu antarabangsa Mac, menentang UAE dan Vietnam seterusnya menutup pusingan kelayakan ke-2 menentang Thailand di Rajamanggala pada Jun.

Baca yang lain