‘Terima Kasih TMJ Kerana Menyokong Pihak Pemain’

Barisan kempimpinan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengucapkan terima kasih kepada TMJ selepas pemilik Johor Darul Tazim itu menyatakan sokonga mereka kepada PFAM.

TMJ bersetuju dengan 2 syarat PFAM, terutama sekali syart; sebelum setiap pasukan memotong gaji pemain, pastikan mereka melangsaikan terlebih dahulu tunggakan gaji sebelum ini.

TMJ senada dengan PFAM

TMJ menegaskan: “Kebanyakan pemain di dalam negara bersedia untuk memberi kerjasama dengan kelab atau pasukan mereka berkaitan pemotongan gaji disebabkan oleh pandemik Covid-19.”

“Tetapi sebelum pasukan memotong gaji tersebut, pastikan bahawa kelab atau pasukan yang berhutang dengan pemain menyelesaikan hutang tersebut dengan pemain terlebih dahulu.”

“Jangan masih ada tunggakan dua atau tiga bulan gaji tidak dibayar tetapi hendak menggunakan alasan Covid-19 untuk membuat pemotongan gaji.”

“Pasukan seperti Kedah, Kelantan, Melaka United dan Pulau Pinang harus menyelesaikan hutang dengan pemain mereka sebelum memotong gaji ekoran pandemik ini.”

“Ini bukan soal pemain tidak mahu memberi kerjasama, malah semua pemain bersedia untuk bekerjasama. Tetapi pastikan segala hutang dengan pemain diselesaikan terlebih dahulu sebelum memberi alasan Covid-19 untuk memotong gaji mereka.”

“Kebanyakan pasukan bergantung 100% peruntukan daripada kerajaan negeri dan tidak mungkin pasukan-pasukan ini masih tidak membayar gaji.”

“Ini boleh diumpamakan seperti tidak memegang amanah dengan sewajarnya. Mana-mana pasukan tidak seharusnya membebankan kerajaan negeri.”

Berikut adalah kenyataan penghargaand daripada PFAM.

Terima kasih TMJ

1. PFAM dengan rasa sangat berbesar hati, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DYMM Tunku Ismail atas sokongan yang diberikan kepada para pemain dalam isu rundingan kontrak yang disarankan oleh FAM dan MFL.

2. Kenyataan dan sokongan yang diberikan oleh Tunku membuktikan keprihatinan Baginda yang selama ini sentiasa menyokong usaha memartabatkan kerjaya pemain bolasepak profesional.

3. Ini juga merupakan isyarat jelas bahawa hak dan kebajikan pemain perlu dihormati terlebih dahulu sebelum apa-apa proses rundingan dilakukan.

4. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT, yang sentiasa komited dalam menjaga hak pemain menerusi pematuhan kontrak serta pengurusan yang profesional.

5. Sehubungan itu, kami ingin menggesa agar pasukan-pasukan yang mempunyai tunggakan, agar segera melunaskan tunggakan masing-masing, dan seterusnya menerima 2 syarat yang diletakkan bagi memastikan proses rundingan bersama para pemain dapat dilaksanakan secara telus dan saksama.

Terima kasih Tunku!

BARISAN KEPIMPINAN PFA MALAYSIA

MOHD SAFEE MOHD SALI
MUHAMMAD SHAHROM ABDUL KALAM
MOHD RAZMAN ROSLAN
MOHD FARIZAL MARLIAS
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
ZAQUAN ADHA ABDUL RADZAK
S. SUBRAMANIAM
SHAHRUL MOHD SAAD

Sebelum  ini FAM ada mencadangkan agar kelab dan pemain membincangkan soal pemotongan gaji kerana krisis kesihatan covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia.

PFAM tampil dengan kenyataan, mereka mahu setiap kelab melangsaikan dahulu hutang tunggakan gaji pemain yang berkaitan, sebelum memotong gaji mereka.

Seterusnya, PFAM mahu rundingan dengan para pemain dilakukan secara peribadi bukannya berkelompok.

Ini kerana setiap pemain mendapat gaji dan bonus yang berbeza beza.

Korang boleh baca huraian kes ni dekat bawah ni:

Perang Isu Pemotongan Gaji: Yusoff Mahadi Bidas PFAM – TMJ Pula Sokong PFAM