Khabib Nurmagomedov menyatakan bahawa perseteruannya dengan Conor McGregor sudah dilupakannya dan sudah berlalu di belakang.
Dan beliau menyatakan sudah memaafkan Conor McGregor.
Pemergian ayahnya telah banyak mengajarnya erti kemaafan yang lebih dalam. Itu yang membawa kepada perasaan kemaafan kepada McGregor.
Lagipun sebelum ini ketika McGregor menyerang ayahnya, Abdul Manap dengan terbuka menyatakan dia sudah memaafkan McGregor – Walaupun petarung Ireland itu tak meminta maaf – dan menjemput The Notorious datang ke rumahnya.
Kedua-duanya terlibat dalam persaingan sengit sebelum bertanding di UFC 229 pada tahun 2018 – dengan penjualan ppv tertinggi dalam sejarah UFC.
Setelah Nurmagomedov menewaskan petarung Ireland itu, berlaku kekecohan selepas pertarungan. Di mana Khabib melompat keluar dari octagon dan menyerang kem McGregor.
Keadaan terus panas di mana McGregor berkali kali meminta pertarungan ulangan yang tak dilayan Khabib Nurmagomedov.
Malah kedua dua pihak saling sindir menyindir di media.
Perang kata-kata mereka berlanjutan selama dua tahun berikutnya. Dan pertarungan ulangan itu seakan akan tak akan berlaku. Ini apabila McGregor bersara pada bulan Jun lalu.
Kecualilah McGregor membuat u-turn. Itu pun tak pasti ia boleh berlaku.
Sebulan selepas persaraan McGregor, ayah dan jurulatih Khabib yang sangat berpengaruh terhadap kariernya, Abdulmanap meninggal dunia kerana Covid-19 berusia 57 tahun.
McGregor antara orang yang terawal mengucapkan takziah dan mengiktiraf Abdulmanap sebagai salah seorang individu penting dalam menaikkan jenama UFC di mata dunia.
Trinspirasi daripada kekuatan mental ayahnya, Nurmagomedov kini telah memaafkan musuh utamanya itu.
Dia berkata: “Selain sukan, kita harus ingat bahawa ada juga hubungan sesama insan. Saya baik-baik saja dengan McGregor.”
“Benda tu sekarang sudah di belakang kita [berlalu]. Untuk terus hidup di masa lalu dan menyimpan dendam – itu bukan saya.”
“Ayah tidak seperti itu, dan saya rasa saya tidak tersasar jauh dari sikap ayah.”
“Saya tidak membenarkan serangan peribadi. Tetapi siapa yang tidak suka, jika ada mereka yang mendoakan ayah mereka dengan perkara baik baik,” sambung Khabib merujuk kepada ucapan takziah dan doa McGregor.
The loss of a father, a coach, and a dedicated supporter of the sport. Condolences and rest in peace Abdulmanap Nurmagomedov.
— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) July 3, 2020
Khabib secara rare puji McGregor
Ditanya tentang rematch dengan McGregor, Khabib menyatakan dia tiada masalah. Dan berharap McGregor kembali semula ke octagon.
Malah Nurmagomedov mengejutkan ramai pihak apabila dia memuji kualiti McGregor dan berharap petarung dari Ireland itu akan kembali semula ke arena UFC.
“Biarkan dia kembali semula [comeback] dan cuba kalahkan Poirier. Selepas itu saya akan bertarung dengan dia, tiada masalah.”
“Mereka semua petarung yang hebat.”
Khabib Nurmagomedov opens door to ex-#UFC champ Conor McGregor rematch – on one condition https://t.co/4BILNpJsDA
— MMA Junkie (@MMAjunkie) August 14, 2020
Khabib Nurmagomedov sangat terkesan dengan pemergian ayahnya. Sehingga satu ketika memberikan bayangan bahawa dia mungkin bersara.
Namun kini beliau sudah sedia kembali semula.
Khabib menyatakan beliau tidak pasti prestasinya kali ini selepas kehilangan ayahnya.
“Dia bukan sahaja ayah saya, tetapi dia juga jurulatih saya, kawan saya. Dan dah tentu saya akan terkenangkannya.”
“Saya tak pasti apa akan berlaku lepas ni, mungkin perasaan ini akan membuatkan saya lebih kuat dan lagi kuat.”