Terkedu Iwobi Dengar Cerita Kelab Nigeria Jual Pemain Yang Mereka Pinjam Dari Kelab Lain

Alex Iwobi hilang kata kata apabila mendengar bahawa di Nigeria berlaku perkara yang paling pelik dalam bola sepak.

Di mana ada kelab menjual pemain yang mereka pinjam dari kelab lain.

Bermaksud, seperti kau pinjam moto kawan kau lepas tu kau jual kepada orang lain seolah olah ianya kepunyaan kau sendiri.

Mana boleh macam tu kan? Jual harta kawan untuk kepentingan diri sendiri.

Alex Iwobi terkedu

Iwobi sudah bermain lama di Eropah dan dia sangat faham bagaimana perpindahan pemain berlaku.

Kerana dia sendiri sudah banyak melaluinya. Namun dia pada hari itu didedahkan dengan satu realiti yang dia tak terfikir dia akan mendengarnya dan disahkan berita itu benar.

Bola sepak Nigeria sentiasa sarat dengan kontroversi. Oleh sebab itu di ruangan komen peminat dari Nigeria mengingatkan Iwobi bahawa perkara seperti itu bukan pelik, walaupun kelakar dan tak masuk akal.

Dalam podcast tersebut seorang panelis berkata: “Dekat Nigeria, kitorang ni gila bro.”

“Salah satu kelab telah meminjamkan pemain mereka ke kelab satu lagi. Dan kelab itu [yang meminjam pemain] telah menjual pemain tersebut.”

Iwobi yang awalnya tenang terus menundukkan kepalanya hampir terhantuk pada mikrofon kerana tidak sangka ada juga cerita seperti itu.

Kelihatan Iwobi hampir menangis mendengarnya.

“Saya bersumpah atas mati,” tambah dia lagi.

Rata rata peminat Liga Profesional Nigeria (NPFL) mengesahkan bahawa berita itu benar.

Ianya melibatkan pemain bernama Sunday Mba yang dipinjam oleh Rangers dari Warri Wolves.

Dan mereka menjual pemain itu ke Etebo Saga. Tindakan itu mengundang kontroversi di Negeria pada masa itu.

Pada ketika itu, kelab Rangers menyatakan bahawa mereka tidak jelas sama ada pemain itu sebenarnya sudah dijual kepada mereka atau dipinjamkan kerana kertas kontrak yang kabur.

Lalu mereka menganggap bahawa mereka sudah membeli pemain itu tanpa mereka sedari.

Warri Wolves bengang dengan alasan bodoh itu dan menganggap Rangers saja nampak nampak tak faham dengan status pemain dan mengambil kesempatan untuk menjualnya.

Saksikan video reaksi Iwobi itu di sini:

@iamcoachbanks

This has to be one of the wonkiest stories ever. We need to VAR this 😂 #fyp #fypシ #football #footballtiktok #premierleague #footballvideo #podcastclips #tiktokfootball #encouragement #footballplayers #coach #filthyfellas #alexiwobi

♬ original sound – Coach Banks