Ketika Jorginho tenang menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Unai Simon dan menendang Sepanyol keluar dari kejohanan Piala Eropah (EURO), para pemain Sepanyol segera menampilkan reaksi kecewa.
Pedri menangis dan terpaksa ditenangkan oleh Thiago Alcantara. Thiago juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya. Dani Olmo dan Alvaro Morata yang gagal menyempurnakan sepakan penalti turut serta menangis.
Tetapi semua kejadian itu tidak menarik minat jurulatih Sepanyol, Luis Enrique.
“Ini bukan malam yang sedih, anda perlu belajar hidup dengan kemenangan dan kekalahan” kata Enrique selepas perlawanan
“Saya letih melihat ‘kejohanan remaja’ dan melihat budak-budak menangis. Saya tidak tahu mengapa mereka menangis.”
“Dalam sukan anda perlu tahu bagaimana untuk menang dan bagaimana untuk kalah. Anda akan lebih banyak belajar apabila kalah.”
Enrique mahu memastikan tidak ada apa yang perlu disedihkan malah mereka perlu merasa bangga dengan prestasi Sepanyol sepanjang kejohanan.
Dalam perlawanan tersebut Sepanyol merupakan pasukan yang lebih baik dengan menguasai 70% permainan. Sepanyol mencipta 16 percubaan tepat ke arah gawang Itali. Itali hanya memiliki 7.
Pasukan muda Sepanyol telah menunjukkan karektor untuk kembali mengikat kedudukan melalui Alvaro Morata selepas Federico Chiesa menjaringkan gol pendahuluan buat Itali.
…
Sepanyol menghadapi bermacam cabaran seperti kehilangan Sergio Ramos yang mengalami kecederaan, Sergio Busquets yang disahkan positif Covid, kritikan kuat dari penyokong sendiri, jaringan sendiri yang kelakar dan terlepas banyak peluang menjaringkan gol sepanjang kejohanan.
Sepanyol menyelesaikan masalah diatas dengan baik. Pada akhirnya 3 perlawanan Sepanyol berlarutan ke penentuan sepakan penalti dan pencapaian mereka tidak boleh dilihat satu kegagalan.
Segala ekperimen dan persediaan yang dilakukan oleh Enrique dianggap berbaloi lebih-lebih lagi selepas kegagalan pasukan ini di Piala Dunia 2018 -terkandas di pusingan kedua.
Lebih 60 pemain dicuba untuk mengembalikan Sepanyol yang lebih kuat di pentas tertinggi selepas kekecewaan besar berlaku di Piala Dunia 2014, Piala Eropah 2016 dan Piala Dunia 2018.
Sejak 3 tahun akhirnya Sepanyol berjaya membina pasukan baru yang lebih muda dan mempunyai cita-cita besar. Kumpulan pemain ini mempunyai ruang besar untuk berkembang.
“Kami ingin membina pasukan tanpa mengira umur dan kelab yang mereka wakili.”
“Saya bangga dengan mereka. Kami mempunyai ramai pemain muda yang melaksanaan perkara sukar yang mana mereka masih belum memahaminya kerana masih muda.” Luis Enrique
Enrique menggunakan pemain dengan baik sepanjang kejohanan, 4 pemain bermain dalam kesemua 6 perlawanan yang dihadapi Sepanyol. 16 pemain lagi bermain sekurang-kurangnya 4 perlawanan.
Hanya 2 penjaga gol simpanan dan Diego Llorente (dari Leeds United) tidak mendapat sebarang minit perlawanan.
Penyerang dari Wolverhampton, Adama Traore dan pemain tengah Liverpool, Thiago mungkin pemain yang perlu lebih kerap bermain tetapi secara keseluruhannya semangat berpasukan yang ditampilkan oleh pemain cukup memberangsangkan.
Kumpulan pemain ini belum mempunyai pengalaman luas di pentas besar. Lebih separuh dari mereka mempunyai kurang dari 15 penampilan antarabangsa sebelum kejohanan bermula.
Selangkah ke perlawanan akhir, EURO kali ini akan memberi mereka pengalaman berguna untuk bermain dalam kejohanan besar lain selepas ini terutamanya Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar.
Kumpulan pemain muda ini sudah melihat dirinya mampu memberi saingan kuat ketika bertemu pasukan besar.
Mengimbas kebelakang, sebenarnya kumpulan pemain ini sudah bersama sejak sekian lama. Marcos Llorente, Rodri, Jose Gaya dan Mikel Oyarzabal sudah bersama dalam kejohanan Piala Eropah B21 tahun.
Pada tahun 2017 mereka adalah naib juara kejohanan tersebut. Dua tahun kemudian Oyarzabal, Dani Olmo, Fabian Ruiz dan Ferran Torres mamacu pasukan menjadi juara.
Namun antara subjek yang paling mencuri perhatian adalah persembahan yang ditampilkan oleh pemain berusia 18 tahun, Pedri. Pedri menampilkan persembahan luar biasa ketika bertemu Itali dimana tenaganya seperti pemain superstar.
“Ada sesiapa pernah melihat pemain berusia 18 tahun bermain bersama skuad senior seperti Pedri.?” tanya Enrique
“Bahkan Andreas Iniesta pun tidak mampu melakukannya. Apa yang Pedri lakukan adalah menentang logik.”
Selepas kejohanan ini Simon, Luis Garcia, Pau Torres, Olmo dan Oyarzabal hanya mempunyai beberapa hari rehat sebelum terbang ke Tokyo untuk bermain di sukan Olimpik.
Sementara itu Manchester City dan Napoli tidak memberi pelepasan kepada Rodri, Ferran Torres dan Fabian Ruiz untuk menyertainya.
…
Masa depan bola sepak Sepanyol sangat cerah, 16 bulan sebelum Piala Dunia Qatar, kumpulan pemain mudanya mempunyai ruang yang besar untuk terus meningkat.
Pada bulan September nanti Sepanyol akan menentang Sweden, Georgia dan Kosovo dalam kepayakan Piala Dunia. Enrique akan diberi kontrak lanjutan jika Sepanyol berjaya mengesahkan tempat ke kejohanan itu. Enrique boleh melihat hasilnya pada Piala Eropah akan datang.
“Kami gembira jika ada pemain lain yang akan menyertai kumpulan ini. Ia adalah sihat untuk membina persaingan. Saya mahu ke Piala Dunia dengan kumpulan yang bersatu padu seperti ini.” Luis Enrique
Harapan terbesar Sepanyol adalah melihat pasukannya lebih tajam dibarisan hadapan selepas unggul dalam penguasaan bola. Ansu Fati antara pemain muda yang sudah dicuba untuk melaksanakan tugas tersebut.
Enrique telah memberi beberapa pendedahan kepada Fati dan penyerang itu muncul sebagai pemain paling muda Sepanyol yang menjaringkan gol di peringkat antarabangsa -17 tahun 311 hari.
Namun kecederaan lutut yang dialaminya memaksa dia berehat selama 8 bulan. Jika tidak semua peminat sudah menyaksikan kelibatnya di EURO. Berita baik, pemain ini sedia kembali menjelang musim 2021/22.
Sementara itu Marco Asensio mempunyai 2 musim buruk tetapi kualiti yang dimiliki oleh penyerang Real Madrid ini tidak boleh dipertikaikan.
Lain-lain pemain yang mempunyai masa depan dengan Sepanyol ialah Dani Ceballos. Kedua-dua pemain ini pernah bersinar bersama skuad kebangsaan. Mikel Merino dari Sociedad dan Carlos Soler dari Valencia juga berada dalam perancangan Enrique
Sepanyol juga mempunyai sedikit isu dibahagian pertahanan dan Enrique perlu mencari lebih pilihan di bahagian tersebut. Sepanyol menarik nafas lega apabila Aymeric Laporte menukar kewarganegaraan untuk menyertai Sepanyol sebelum EURO bermula.
Laporte menunjukkan sifat kepimpinan tegas namun Garcia dan Pau Torres tidak memperlihatkan karektor tersebut disebelahnya.
Tanpa ada calon yang jelas, semua mata masih tertumpu kepada Sergio Ramos. Pada musim ini, Ramos mengalamai banyak siri kecederaan. Dengan situasi semasa jelas kaier antarabangsanya masih belum berakhir walaupun sudah berusia 35 tahun.
Enrique masih sedar yang dia masih memerlukan beberapa pemain berpengalaman bagi mengimbangi skuad mudanya. Cesar Azpilicueta dan Sergio Busquets merupakan pemain kunci ketika mereka menewaskan Slovakia.
Jordi Alba, 32 juga merupakan pemain cemerlang Sepanyol. Busquets menunjukkan kepimpinan di dalam dan di luar padang. Pengaruhnya jelas kelihatan ketika dia dikeluarkan dalam perlawanan menentang Itali, Sepanyol hilang kepimpinan.
Busquets bakal berusia 34 tahun, telah dikaitkan berhijrah ke Major League Soccer. Busquets tidak menafikan dan mengiyakan tentang rumors itu tetapi melihat kepada Barcelona yang mengalami krisis kewangan teruk ia mungkin menjadi kenyataan.
“Masa depan Sepanyol cerah sama ada dengan saya atau tidak. Pengalaman ini (EURO) akan membantu kami terutamanya untuk pemain muda untuk lebih bersedia menjulang Piala Dunia.” Sergio Busquets
Jika Luis Enrique dan pemain mudanya kekal berkembang mereka akan tampil di Qatar sebagai pasukan pilihan kuat mencabar kejuaraan.
“Kita terkeluar dari kejohanan (EURO) tetapi kita telah mendapat pasukan hebat.” tajuk utama Marca selepas Sepanyol tewas kepada Itali