Adik lelaki kepada pertahanan Tottenham Hotspur Serge Aurier telah ditembak mati di Perancis pada 5 pagi Isnin waktu di sana.
Berita itu dihebahkan oleh outlet media tempatan Perancis Le Point dan kemudian Europe 1.
Kejadian itu kira kira sehari selepas pertahanan Spurs itu meraikan kemenangan 2-1 dalam derbi London Utara.
Di mana beliau beraksi cemerlang ketika membantu pasukannya.
Siapa sangka Serge Aurier akan dikejutkan dengan berita serupa ini pada hari berikutnya.
Menurut dua laporan media di Perancis menyatakan Christopher telah ditembak mati di Toulouse.
Rest in peace Christopher Aurier😭😭😭😭 pic.twitter.com/bZrQ1NeIIy
— ¬ (@Lewanjoski) July 13, 2020
Christopher disahkan mati di hospital kerana pendarahan yang banyak. Pembunuh masih lagi bebas pada ketika ini. Polis ketika ini masih mencari pelaku, dan meminta orang awam tampil jika ada informasi tentang kejadian tersebut.
Breaking | Tottenham right-back Serge Aurier’s brother has been shot dead in Toulouse at around 05:00 this morning, according to Le Point & Europe 1. More follows.
— Get French Football News (@GFFN) July 13, 2020
Orang awam menghubungi polis sebaik sahaja melihat seorang lelaki terbaring dengan pendarahan di bahagian perutnya.
Christopher Aurier juga merupakan pemain bola sepak. Dan dia bermain untuk kelab amatur Toulouse Rodéo yang kini bermain di divisyen kelima Perancis.
Christopher sebelum ini pernah berlatih bersama RC Lens sama seperti abangnya Serge Aurier namun gagal mendapatkan kontrak.
Takziah kepada Serge Aurier dan keluarga dan semoga terus tabah.