TERKINI: Ajax Anggap Chelsea Cekik Darah, Minta €44 Juta Untuk Ziyech

Ajax nampaknya terkejut dengan permintaan harga oleh Chelsea. Di mana kelab berpangkalan di London itu meminta €44 juta jika mereka mahu membeli Hakim Ziyech kembali.

Ziyech antara pemain yang sudah tidak berada dalam perancangan Thomas Tuchel selepas pemain itu sendiri menyatakan bahawa dia mahu berpindah.

Ajax berminat mendapatkan Ziyech kembali. Selain daripada menambah sengat di barisan serangan mereka, Ziyech juga boleh menjadi pengganti kepada Antony jika pemain itu menyertai Manchester United.

Ajax menjadikan Ziyech sebagai sasaran utama mereka pada ketika ini. Dengan pemain itu bukanlah nama asing di kalangan peminat Ajax.

Mike Verweij melaporkan bahawa, rundingan Ajax untuk mendapatkan Ziyech kini tersekat. Ini kerana Chelsea meminta €44 juta daripada mereka.

Tindakan Chelsea itu dikatakan membuatkan Ajax kemungkinan berada dalam kedudukan sangat sukar, kalau pun mereka tidak menganggap rundingan ini sebenarnya kemungkinan sudah mati.

Impak kepada rundingan ini juga akan menjadi berita buruk buat Manchester United dan Antony.

Hal ini kerana Ajax kemungkinan besar akan menaikkan kebarangkalian untuk melepaskan Antony jika mereka berjaya mendapatkan Ziyech.

Tidak pasti sama ada Ajax akan kembali berunding dengan Chelsea selepas terkejut dengan tanda harga diletakkan kelab Inggeris itu.

Mereka mungkin akan mempertimbangkan opsyen lain. Tetapi peluang untuk mendapatkan Ziyech sebenarnya cerah. Ini kerana Ziyech sudah memberikan lampu hijau mahu pulang semula ke Ajax.

Cuma terserah kepada kelab sahaja dalam membincangkan kesepakatan harga.

Thomas Tuchel sebenarnya sedar bahawa, bukan Ajax sahaja yang berminat dengan Ziyech. Masih ada kelab lain lagi yang mahukan penggempur tersebut.

Dengan jendela perpindahan yang tinggal seminggu lagi, nampaknya, kem Ajax berdepan dengan kerumitan yang amat sukar ketika ini.

Ramai peminat Man United menyindir peminat Ajax menyatakan bahawa, bila terkena batang hidung sendiri tahu pula dia Chelsea sedang meminta harga tak munasabah.

Namun ketika United menganggap €100 juta terlalu mahal, penyokong mereka mempertahankan bahawa, pemain itu hak mereka dan mereka berhak meletakkan harga apa sahaja.

Kira macam, barey kawe pitih demo dehh.

Mereka juga berpandangan bahawa, jika mereka mahukan 100 juta euro untuk Antony, maka 44 juta euro untuk Ziyech cukup bagus. Masih ada banyak baki wang tu.

Baca yang lain