TERKINI: Akhyar Rashid Ikut Safawi Rasid Ke Terengganu

JDT baru sahaja mengumumkan bahawa kelab itu cuci gudang untuk mengurangkan kos operasi kelab sehingga 40% daripada kos perbelanjaan mereka.

Salah satu cara yang mereka ambil adalah melepaskan staf kejurulatihan dan pemain pemain mereka. Sama ada mereka tidak disambung kontrak atau dipinjamkan ke kelab lain,

Juara double treble itu mengesahkan ketua jurulatih mereka, Esteban Solari antara nama yang disingkirkan untuk musim baharu.

Kemudian beberapa pemain tidak akan disambung perkhidmatan mereka dalam kelab JDT. Dan beberapa lagi masih lagi bergelar pemain JDT namun akan dipinjamkan ke kelab lain.

JDT dalam kenyataannya berkata: “Johor Darul Ta’zim FC (JDT) ingin merakamkan ucapan terima kasih dan ucapan kepada jurulatih, pemain pemain dan staf yang akan meninggalkan JDT, selamat maju jaya kepada semua di masa hadapan.”

“Harimau Selatan akan melalui fasa transformasi dan akan menyaksikan pengurangan kos sekitar 30-40% dari segi perbelanjaan atas keperluan untuk penstrukturan semula kewangan kita bagi meneruskan kemampanan. Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak kami dalam enam, tujuh tahun yang lalu.”

“Antara mereka yang akan meninggalkan Harimau Selatan termasuk coach Esteban Solari, Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero dari staf kejurulatihan.

“Pemain pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan JDT.”

“JDT juga mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain pemain yang akan pergi secara pinjaman seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli. Luaskan Kuasamu Johor.”

Wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam kemudian melaporkan bahawa dua nama pemain kebangsaan iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid akan dipinjamkan ke Terengganu.

Dua pemain tersebut merupakan pemain penyerang sayap yang lincah dan boleh menguatkan lagi pasukan Terengganu musim hadapan.

Safawi Rasid memang sudah lama dikaitkan dengan kepulangan semula ke Terengganu. Namun nama Akhyar agak mengejutkan.

Nampaknya, peminat peminat Terengganu sudah boleh bersedia menyambut kedatangan dua bintang itu. Terutama sekali Safawi Rasid yang merupakan pemain yang signifikan dengan bola sepak Terengganu.