Cristiano Ronaldo sedang menjalani penggantungannya sebelum membuat penampilan sulung liga untuk kelab Arab Saudi baharunya Al Nassr.
Namun laporan terbaru menyebut bahawa dia boleh melakukan debut tidak kompetitif di Arab Saudi dengan bermain menentang Paris St Germain dalam perlawanan persahabatan bulan ini, kata jurulatih Rudi Garcia.
Ronaldo terlepas perlawanan pertama daripada dua perlawanan domestik untuk Al Nassr pada hari Jumaat lalu, selepas digantung oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana menepis telefon daripada tangan penyokong remaja berikutan kekalahan Manchester United di Everton pada April tahun lalu.
Garcia mengesahkan penyerang berusia 37 tahun itu juga akan terlepas perlawanan liga menentang Al Shabab dan membuat penampilan sulung menentang Ettifaq pada 22 Januari — melainkan dia bermain menentang PSG Lionel Messi dalam pasukan yang terdiri daripada pemain dari Al Nassr dan Al Hilal di Riyadh pada 19 Januari akan datang.
One last dance , One Epic clash!
Cristiano Ronaldo's Saudi Arabia All Stars will be up against Lionel Messi's Paris Saint-Germain in an epic clash of Riyadh Season Cup 🏆🇸🇦🇫🇷#CristianoRonaldo #LionelMessi𓃵 #AlNassr #PSG pic.twitter.com/30kO0NQoqi
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) January 9, 2023
Ramai yang mahu menyaksikan satu lagi pertembungan Ronaldo dan Messi kerana legenda Argentina itu kini bermain untuk kelab Paris St Germain.
Ramai peminat sudah tak sabar menantikan detik bersejarah itu. Dua pemain dengan 13 Ballon d’Or di antara mereka akan bertemu di Timur Tengah.
Messi dan Ronaldo telah terlibat dalam perseteruan sihat yang luar biasa. Dan sudah lama diperdebatkan sebagai siapa GOAT sebenar.
Kejayaan Messi baru baru ini menjulang Piala Dunia dianggap satu langkah ke depan yang besar dalam memenangi perdebatan itu.
Ronaldo dan Messi saling mengakui bahawa perseteruan mereka membuatkan masing masing sentiasa memajukan diri dan tidak pernah terlelap dalam langkah mereka.
Apa yang pasti Messi dan Ronaldo adalah antara 2 nama terbaik sepanjang zaman dalam sejarah bola sepak.
PSG sudah mengesahkan bahawa mereka akan berdepan dengan kesebelasan terbaik pilihan Al Nassr dan Al Hilal sebagai sebahagian daripada aksi persahabatan di Arab Saudi.
Sebenarnya perancangan untuk berdepan dengan pasukan bintang pilihan dari Liga Arab Saudi sudah diumumkan pada awal musim lagi oleh PSG.
Siapa sangka, perlawanan tersebut akhirnya berpeluang menyaksikan Messi vs Ronaldo di bumi Saudi.
Garcia menyatakan dia sebenarnya kurang gembira dengan idea itu sebagai pengurus pasukan yang berdepan jadual padat. Namun mengambil kira aspek pembangunan bola sepak di Saudi dan juga pasukan PSG yang dibarisi ramai bintang ternama, dia berbesar hati untuk melepaskan Ronaldo.
“Ia [penampilan sulungnya di sini yang] tidak akan bersama jersi Al Nassr. Ia akan menjadi campuran antara Al Hilal dan Al Nassr,” kata Garcia, seperti dilaporkan oleh L’Equipe.
“Sebagai jurulatih Al Nassr, saya tidak boleh gembira dengan perlawanan ini. Namun untuk pembangunan, untuk melihat PSG, untuk melihat pemain Paris yang hebat, ia sememangnya satu perkara yang baik.”
“Tetapi kami mempunyai perlawanan domestik dalam tiga hari kemudian.”
“Dari segi penjadualan, ia sepatutnya boleh difikirkan dengan lebih baik. Tetapi ia bukan masalah besar… Kami mendahului, kami gembira.’
“Ia adalah kejuaraan liga yang sukar untuk dimenangi, tetapi kami berhasrat untuk melakukannya.”
Garcia berkata, ketibaan Ronaldo ke Arab Saudi adalah sama dengan kisah luar biasa perpindahan Pele ke New York Cosmos, yang menyinari kelab Saudi yang kurang dikenali itu yang telah mengumpul lebih 10 juta pengikut Instagram baharu sejak ditandatangani bulan lepas.
Bekas jurulatih Lille dan Olympique Lyonnais itu berkata dia berharap Ronaldo menemui semula keseronokan bermain bola sepak selepas tempoh dua bulan yang bergelora di mana kontraknya di United ditamatkan dan Portugal tewas pada suku akhir Piala Dunia.
“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, antara Manchester United, pasukan kebangsaan dan juga di peringkat peribadi, dia tidak mempunyai detik-detik mudah,” kata Garcia.
“Jika dia mendapat keseronokan bermain semula, ia akan menjadi matlamat yang baik untuk dicapai,” tuntas Garcia.