Penyerang Bayer Leverkusen, Victor Boniface terpaksa melupakan perpindahan ke Al Nassr.
Hal ini kerana Saudi itu kini menumpukan perhatian untuk mendapatkan Jhon Duran dari Aston Villa.
Sebelum ini terdapat laporan menyatakan Al Nassr mempertimbangkan untuk mendapatkan Boniface dan Duran.
Terdapat laporan awal menyatakan satu perjanjian telah dicapai untuk Boniface untuk berpindah ke Al Nassr dengan harga antara 60 dan 70 juta euro.
Kelab juga sudah mencapai kesepakatan dengan pemain itu. Namun semua kesepakatan itu adalah kesepakatan secara verbal atau pra kontrak, atau senang cerita kesepakatan air liur.
Tak jadi pula
Bagaimanapun, mengikut kemas kini X baru-baru ini, perjanjian itu tidak pernah mendapat kelulusan akhir Al Nassr, dan memaksa Boniface untuk terus di Bayer Leverkusen.
Pengarah urusan sukan Bayer, Simon Rolfes, mengesahkan selepas perlawanan selepas kemenangan 2-0 Liga Juara-Juara ke atas Sparta Prague, “Dia masih pemain Bayer. Ada perbincangan. Itulah sebabnya dia tidak berlatih semalam, jadi sedikit isu sebelum perlawanan besar hari ini.
“Tetapi kami belum menerima tawaran yang akan membuat kami memutuskan untuk melepaskannya.”
Ketiadaan tawaran bertulis rasmi daripada Al Nassr adalah faktor utama, kerana mereka secara serentak berunding dengan Aston Villa untuk Duran.
Dikatakan bahawa kelab itu lebih memilih penyerang Colombia itu berbanding Boniface.
Rolfes seterusnya menekankan kepentingan Boniface kepada pasukan, dengan menyatakan, “Dia adalah pemain penting dari sudut sukan. Sudah tentu, pertimbangan ekonomi juga boleh memainkan peranan apabila ia melibatkan sejumlah wang.
“Tetapi kami sangat gembira kerana Boni akan berlatih bersama kami esok.
❌ Despite advanced talks, Victor Boniface is set to stay at Bayer Leverkusen as the move to Al Nassr collapses!
Nigeria 🇳🇬 residents only
#18+ #Playresponsibly pic.twitter.com/BT4zRWEBTe— LiveScore Bet Nigeria (@LivescorebetNG) January 30, 2025
“Saya andaikan dia akan kekal. Kemungkinan itu sangat tinggi.”
Boniface kekal di bawah kontrak dengan Leverkusen sehingga 2028. Sementara itu, rundingan kontrak dengan seorang lagi bintang Leverkusen, Florian Wirtz, sedang berjalan tetapi bergantung pada perjanjian mengenai klausa pelepasan.
Sport Bild melaporkan bahawa walaupun perbincangan untuk lanjutan kontrak hingga 2028 masih berlangsung.
Kedua dua pihak berbeza pandangan dalam jumlah klausa pelepasan. Kem Wirtz mendesak klausa 100 juta euro, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Bayer Leverkusen, Fernando Carro sebelum ini menyatakan dia tidak akan melepaskan Wirtz dengan harga kurang daripada 150 juta euro.
Kompromi sekitar 125 juta euro, berkuat kuasa dari musim panas 2026, nampaknya mungkin akan berlaku.
Wirtz telah menyumbang dengan ketara kepada gol Bayer musim ini dengan 14 gol dan 11 bantuan dalam 30 perlawanan dalam semua pertandingan.
Dengan masa depan Boniface dilaporkan sudah ditetapkan untuk kekal sekurang kurangnya sehingga akhir musim ini, masa depan Wirtz pula menjadi perkara yang dijangka akan menjadi isu yang mustahak untuk kelab ini dalam beberapa bulan akan datang.