David Alaba akhirnya mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan Bayern Munich selepas 13 tahun bersama dengan gergasi Bavaria tersebut.
Dalam sidang media khas, Alaba berkata:
“Saya telah membuat keputusan untuk meninggalkan Bayern Munich selepas tamat musim ini dan mencuba sesuatu yang baharu dalam karier saya.”
“Jelas sekali ianya bukan keputusan yang mudah. Saya sudah berada di sini selama 13 tahun. Dan kelab ini sangat bermakna bagi saya.”
🗣️ @David_Alaba: "I have made the decision to leave #FCBayern at the end of this season and try something new. It obviously wasn't an easy decision – I've been here for 13 years and the club means a lot to me."#MiaSanMia pic.twitter.com/XJXIkSvYzb
— 🏆🏆🏆FC Bayern English🏆🏆🏆 (@FCBayernEN) February 16, 2021
David Alaba sebelum ini ada sedikit konflik dalam rundingan kontraknya dengan Bayern Munich. Di mana Bayern terus menarik diri dari rundingan selepas Alaba dikatakan meminta gaji terlalu tinggi.
Alaba membuat penafian ketika itu menyatakan bahawa beliau masih mahu rundingan berjalan.
Karl Heinz Rumenigge kemudian tampil menyatakan bahawa Alaba 99% akan meninggalkan Bayern kerana kelab tidak mampu membayar apa yang dimintanya.
Alaba terus dikaitkan dengan banyak kelab terutama sekali Real Madrid dan terbaru dengan Chelsea.
Alaba dilaporkan meminta £400,00 seminggu di Chelsea. Membuatkan kelab London itu terpaksa akur.
Chelsea would give up on signing Bayern Munich CB David Alaba this summer if he doesn't lower his wage demands.
Alaba would be expecting a £400,000-per-week salary if he joined them. Real Madrid and Barcelona are still vying for his signature.
(via @TeleFootball) pic.twitter.com/wlheRKi7Hy
— Beyond The Bleachers (@BeyondBleachers) February 9, 2021
Terbaru Fabrizio Romano melaporkan bahawa David Alaba akan menyertai Bayern Munich pada musim hadapan.
Terdapat juga desas desus menyatakan Alaba masuk ke Real Madrid, manakala kapten Los Blancos Sergio Ramos pula akan keluar. Ramos dikaitkan dengan perpindahan ke PSG.
Fabrizio juga mendedahkan bahawa Alaba setuju kontrak 4 tahun dengan gaji €12 juta semusim. Itu bermaksud Alaba menerima sekitar €250k seminggu. Namun itu tidak termasuk bonus.
The ‘verbal agreement’ between David Alaba is until June 2025 for €12m per season. The pre-contract has not been signed yet, Real Madrid hope to complete the deal in the coming weeks.
Alaba received 5 different offers in the last 2 months from EPL and La Liga clubs. 🇦🇹 #Alaba https://t.co/cGI8s7cy0y
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 16, 2021