TERKINI: Alaba Milik Real Madrid, Kontrak 4 Tahun, Gaji €12 Juta Semusim

David Alaba akhirnya mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan Bayern Munich selepas 13 tahun bersama dengan gergasi Bavaria tersebut.

Dalam sidang media khas, Alaba berkata:

“Saya telah membuat keputusan untuk meninggalkan Bayern Munich selepas tamat musim ini dan mencuba sesuatu yang baharu dalam karier saya.”

“Jelas sekali ianya bukan keputusan yang mudah. Saya sudah berada di sini selama 13 tahun. Dan kelab ini sangat bermakna bagi saya.”

David Alaba sebelum ini ada sedikit konflik dalam rundingan kontraknya dengan  Bayern Munich. Di mana Bayern terus menarik diri dari rundingan selepas Alaba dikatakan meminta gaji terlalu tinggi.

Alaba membuat penafian ketika itu menyatakan bahawa beliau masih mahu rundingan berjalan.

Karl Heinz Rumenigge kemudian tampil menyatakan bahawa Alaba 99% akan meninggalkan Bayern kerana kelab tidak mampu membayar apa yang dimintanya.

Alaba terus dikaitkan dengan banyak kelab terutama sekali Real Madrid dan terbaru dengan Chelsea.

Alaba dilaporkan meminta £400,00 seminggu di Chelsea. Membuatkan kelab London itu terpaksa akur.

Terbaru Fabrizio Romano melaporkan bahawa David Alaba akan menyertai Bayern Munich pada musim hadapan.

Terdapat juga desas desus menyatakan Alaba masuk ke Real Madrid, manakala kapten Los Blancos Sergio Ramos pula akan keluar. Ramos dikaitkan dengan perpindahan  ke PSG.

Fabrizio juga mendedahkan bahawa Alaba setuju  kontrak 4 tahun dengan gaji €12 juta semusim. Itu bermaksud Alaba menerima sekitar €250k seminggu. Namun itu tidak termasuk bonus.

 

Baca yang lain