Pemain baharu Newcastle United yang bernilai £45 juta dibeli pada Januari, Anthony Gordon boleh berdepan hukuman penjara selepas dilihat memandu ketika tempoh larangan ataupun penggantungan lesen memandu oleh polis trafik.
Gordon yang berusia 21 tahun meninggalkan kelab zaman kanak-kanaknya Everton untuk The Magpies pada jendela perpindahan Januari.
Bagaimanapun, dia berpotensi dipenjara selepas dilihat memegang stereng Mercedes G Wagon miliknya yang bernilai £100,000.
Pemain sayap itu telah kehilangan kelayakan selama enam bulan pada Isnin lalu. Ini selepas dia gagal dua kali mendedahkan butiran pemandu keretanya kepada polis ketika dalam tempoh penggantungan.
Pada hari Rabu, dia digambarkan memandu keretanya bersama teman wanitanya Annie Keating di tempat duduk penumpang. Gordon dilihat meletakkan keretanya di luar hotel Hilton di pusat bandar Gateshead.
Sesiapa yang didapati bersalah melanggar larangan jalan raya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan.
Menurut seorang pakar perundangan yang tidak disebut namanya, berkata: “Caranya untuk memulakan kariernya di Newcastle. Dia boleh menghadapi penjara.”
Tahun lalu, Gordon menghadapi larangan memandu selepas beberapa kali melanggar peraturan jalanraya termasuk melanggar had laju.
Awal minggu ini, dia dilihat dibawa masuk ke kemudahan latihan Newcastle ditemani teman wanitanya yang menjadi pemandu keretanya ketika itu.
NEWCASTLE £45m signing Anthony Gordon could face jail after driving just two days into a road ban.
He got a six-month disqualification on Monday for twice failing to disclose details of the driver of his car.Girlfriend Annie Keating drove himto training on Friday pic.twitter.com/vHvopGHm1C
— Lilian Chan (@bestgug) February 3, 2023
Satu kenyataan daripada Polis Northumbria berkata: “Seperti amalan biasa, kami tidak akan mengesahkan atau menafikan identiti sesiapa yang mungkin atau mungkin bukan sebahagian daripada penyiasatan polis dan yang tidak didakwa atas kesalahan jenayah.”
Polis buat masa ini enggan mengambil tindakan melulu kerana perlu melakukan siasatan mendalam tentang perkara itu.
Mungkin juga ianya gambar lama yang dikongsikan semula? Siapa tahu.
Di atas padang, Gordon membuat penampilan pertamanya di Newcastle pada petang Sabtu semasa pertembungan Liga Perdana menentang West Ham United.
Gol minit ketiga Callum Wilson kemudiannya disamakan oleh jaringan pemain tengah Hammers, Lucas Paqueta pada minit ke-32.
Eddie Howe membawa Gordon menggantikan Allan Saint-Maximin pada minit ke-69. Bagaimanapun, pemain sayap itu gagal memberi inspirasi kepada Newcastle untuk meraih kemenangan apabila perlawanan berkesudahan 1-1.
Keputusan seri itu bermakna Newcastle jatuh ke tangga keempat dalam carta Liga Perdana selepas kemenangan Manchester United menentang Crystal Palace membawa mereka di tempat ketiga.