TERKINI: Anwar Ibrahim Sahkan Pakatan Harapan Sokong Tun Mahathir

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Pakatan Harapan hari ini telah memberikan sokongan kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan media sebentar tadi:

“Pakatan Harapan merupakan gabungan yang telah mendapat mandat jelas pada PRU14.

Pakatan Harapan bertegas menentang sebarang usaba kerajaan pintu belakang, terutama yang melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan yang akan merosakkan segaia usaha reformasi yang telah dilaksana hingga kini.

Oleh itu, demi mampertahan perjuangan. Pakatan Harapan menyatakan sokongan panuh tehadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Pakatan Harapan berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuang manifesto Pakatan Harapan dalam kerajaan.”

Beberapa hari ini, sudah beberapa nama yang dikaitkan dengan jawatan Perdana Menteri kelapan. Ini termasuk Tan Sri Muhyidin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Tun Mahathir sebelum ini meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri. Perletakan jawatan itu diterima oleh Yang di-Pertuan Agong.

Namun Yang di-Pertuan Agong melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim setelah mengambil kira keadaan politik semasa.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan