TERKINI: Arsenal Ikat Layvin Kurzawa

Arsenal dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan tandatangan Layvin Kurzawa.

Bek sisi PSG itu menjadi pemain sasaran Mikel Arteta untuk menguatkan barisan pertahanan beliau di Arsenal.

Pada masa yang sama sama Kurzawa memiliki gaya permainan yang sesuai dengan falsafah Mikel Arteta.

Kurzawa terkenal dengan corak permainan yang lasak dan ofensif beliau.

Beliau merupakan bekas bek sisi AS Monaco. Namun aksi cemerlangnya membuatkan beliau dipancing oleh kelab kaya raya, PSG. Kurzawa memterai pernjanjian dengan PSG pada 2015.

PSG membayar sekitar  €23 juta untuk mendapatkan khidmat Layvin Kurzawa. Layvin Kurzawa juga merupakan pemain kebangsaan pasukan Perancis sejak 2014 lagi.

Sumber yang paling dipercayai peminat Arsenal iaitu  David Ornstein turut menyatakan ada perbincangan di antara Arsenal dan juga Kurzawa untuk membawa pemain itu ke Emirates.

France Football kemudian menyatakan bek kiri PSG itu sudah setuju dengan kontrak 5 tahun yang ditawarkan oleh Arsenal.

Namun pemain itu hanya akan menyertai Arsenal pada musim hadapan sebagai perpindahan percuma ataupun ejen bebas.

Kurzawa masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan di PSG pada ketika ini.

Jika Arsenal mahu mendapatkan pemain ini segera pada Januari ini, mereka masih perlu membayar yuran perpindahan.

Arsenal juga dikatakan disaingi oleh Inter Milan dalam usaha meyakinkan Layvin Kurzawa untuk datang menyertai mereka.

Arsenal agak pening dengan posisi bek kiri, ini apabila pemain mereka Kieran Tierney masih dibelenggu masalah kecederaan.

Tierney menyertai Arsenal dalam keadaan beliau dalam proses untuk pulih. Selepas pulih, beliau sempat bermain dalam beberapa perlawanan.

Dan selepas itu, pemain kebangsaan Scotland itu cedera lagi. Tierney kini masih menjalani proses rehabilitasi bersama petugas pegawai kecergasan pasukan.

Buat masa ini, posisi bek sisi Arsenal diisi oleh Maitland Niles dan juga Sead Kolasinac.

Hector Bellerin turut bergelut dengan masalah kecederaan pada musim ini. Beliau juga memiliki jumlah minit perlawanan yang sangat terhad sekali.

Ornstein juga mendedahkan Arsenal akan cuba untuk melakukan sehingga 3 perpindahan lagi, sama ada secara pembelian tetap ataupun pinjaman.

Namun tidak pasti jika mereka dapat melakukan 3 perpindahan masuk pada Januari ini.

Arsenal sudah memanggil semula Eddie Nketiah untuk memendekkan tempoh pinjaman beliau. Arteta buat masa ini tidak kelihatan mahu meminjamkan pemain itu keluar.

Arsenal dalam misi untuk cuba mengejar slot empat teratas ataupun sekurang-kurangnya tempat ke Liga Europa pada musim hadapan.

Arsenal dibezakan dengan 11 mata berbanding Chelsea yang berada di tangga ke- 4 di dalam carta Liga Perdana Inggeris. Arsenal kini berkedudukan tangga ke-10.

Jika gagal, Arsenal bakal melihat pasukan mereka mengalami kerugian yang banyak.

Mikel Arteta masih dalam proses transisi sistem permainan beliau di Arsenal pada ketika ini.

 

Baca yang lain