TERKINI: AS Roma Mahu Beli Smalling Secara Tetap, United Berkeras Tak Mahu Turunkan Harga

Kecemerlangan Smalldini di Itali membuatkan beliau kini menjadi subjek kepada bidaan AS Roma untuk perpindahan secara tetap.

Namun dalam kontrak Smalling tiada klausa penebusan tetap. Hanya kontrak pinjaman semusim sahaja dan pemain itu akan kembali semula selepas tamat musim ini.

Ini yang membuatkan Roma tidak boleh memiliki pemain itu pada satu jumlah tertentu.

Man United dilaporkan tidak mahu melepaskan pemain itu. Namun jika Roma berkeras mahukan Chris Smalling, dan pemain itu pula boleh jadi, akan mahukan perpindahan ini, maka United meletakkan harga £25 juta untuk pemain itu.

Buat masa ini AS Roma masih meminta agar harga itu diturunkan lagi. Kerana pemain itu akan memasuki kontrak tahun akhir pada tahun hadapan.

Man United pula berkeras dengan tanda harga itu dan tidak mahu menurunkannya. Malah United menambah £3.5 juta lagi bonus selepas bayaran pertama £25 juta.

https://twitter.com/mufcnews2019/status/1221382555112329217

Ini bermakna jumlah keseluruhan bernilai sekitar £28.5 juta. Man United bertegas bahawa mereka telah meletakkan valuasi paling tepat berdasarkan prestasi semasa Chris Smalling.

Smalling cemerlang di Roma

Sejak menyertai AS Roma, Chris Smalling menjadi antara bek tengah yang palinng menyerlah di lima liga utama Eropah musim ini.

Beliau dengan cepat menjadi pemain kesebelasan utama pasukan AS Roma. Beliau juga menjadi salah seorang pemain yang paling popular di kalangan peminat AS Roma dan Serie A.

Smalling dibawa masuk untuk mengisi kekosongan Kostas Manolas yang menyertai Napoli.

Ole Gunnar Solskjaer tidak pernah menutup pintu untuk pemain itu kembali semula berkhidmat di Old Trafford.

Man United kini ada Harry Maguire, Phil Jones, Marcos Rojo, Victor Lindelof, Eric Bailly dan Axel Tuanzebe yang boleh bermain di bek tengah.

Mungkin Ole merasakan beliau akan melepaskan salah seorang pemain di atas untuk membolehkan Smalling kembali semula ke dalam pasukannya.

https://twitter.com/i/status/1221046296347324416

Namun persoalannya, adakah Smalling akan terus cemerlang apabila kembali ke United kelak?

Smalling kini dalam landasan tepat untuk menyelinap masuk ke dalam senarai akhir Gareth Southgate untuk bermain di Euro 2020.

AS Roma masih tidak berputus asa untuk merealisasikan perpindahan ini. Nego sampai jadi la kiranya.

Baca yang lain