TERKINI: Astro Bagi Free Semua Saluran Movie Mulai 6 Pagi Esok

Badan penyiar no.1 Asia, Astro telah menawarkan pakej tontonan percuma untuk semua saluran movies selama 14 hari ataupun dua minggu kepada semua pelanggannya. Kecuali yang kena potong la.

Ini adalah sempena dengan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia semalam menerusi Perdana Menteri.

Langkah itu terpaksa diambil kerana penularan wabak Koronavirus di negara kita.

Dan pada hari ini pihak polis telah mengeluarkan larangan pergerakan ke antara negeri. jika anda terpaksa berbuat demikian anda perlu melaporkan diri kepada pihak polis.

Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa perintah kawalan pergerakan akan mulai 18 Mac 2020 ataupun pukul 12 tengah malam ini.

Astro dalam kenyataan mereka sebentar tadi menyatakan: “Untuk membantu anda dan orang yang sayangi melalui detik dugaan ini…”

“Bermula 6 pagi pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, kami membuka kesemua saluran movie untuk semua pelanggan Astro bagi membolehkan anda menikmati tontonan percuma.”

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157864877104627&id=134626279626

Dan menerusi Astro Arena mereka menyatakan:

“Nikmati akses saluran percuma seperti HBO, tvN Movies & Fox Movie serta banyakkk lagi saluran PERCUMA sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini.”

“Serta INGAT pastikan anda mematuhi segala arahan perintah kawalan pergerakan ini, sehingga 31 Mac ini stay safe everybody 💪🏻

Untuk perkembangan terbaru atlet serta pelbagai penangguhan kejohanan dalam & luar negara ikuti perkembangannya di Astro Arena HD.”

Jadi dengan adanya saluran percuma, maka boleh lah anda jadikan ia hiburan di rumah sempena perintah kawalan pergerakan ini.

Berdasarkan kenyataan oleh penyiar di atas talian seperti Netflix, mereka menyatakan tontonan ke atas saluran mereka meningkat mendadak.

Perkara yang sama juga akan berlaku pada Astro.

Ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada Astro di atas langkah yang mereka ambil ini.

Berita sebelum ini

Hari ini adalah hari yang dukacita buat rakyat Malaysia.

Ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan dua kematian dicatatkan pada hari ini kerana COVID-19 / koronavirus.

Ia juga merupakan dua kematian yang pertama dicatatkan di Malaysia kerana koronavirus.

KKM dalam kenyataan mereka berkata:

Malaysia mencatat dua kematian akibat penularan jangkitan #COVID19.

Kedua-duanya lelaki warga tempatan.

Diharapkan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak jangkitan terus merebak dan membahayakan lebih banyak nyawa.

Untuk kes ke-178 yang membawa kepada kematian pertama, mangsa merupakan lelaki berusia 34 tahun. Dan pernah menyertai jemaah tabligh di Sri Petaling.

Mulai mengalami simptom demam sejak 5 Mac lalu. Dan meninggal dunia pada 17 Mac 2020, di Hospital Permai, Johor.

Satu lagi kes kematian adalah dicatatkan di Sarawak, dalam kes ke-358. Di mana pesakit berusia 60 tahun, ada sejarah sakit kronik.

Mengalami gejala demam pada 7 Mac, dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada 17 Mac 2020.

KKM turut mengesahkan 7 kes telah pulih dan dibenarkan discaj. Dengan ini, jumlah kes pulih adalah 49 kes.

Terdapat 120 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes sebanyak 673.

Covid-19 semakin menular di dunia. Wabak yang bermula di Wuhan China itu telah mengorbankan lebih 7,182 nyawa di seluruh dunia setakat ini.

Dan sudah 185, 378 kes dicatatkan setakat 7:06 pm – 17 Mac 2020.

Ambil langkah langkah pencegahan dan ikuti arahan pihak berkuasa untuk mengawal penularan wabak ini.

Takziah kepada kaum keluarga si mati. Dan bersama sama kita doakan agar saintis dan pakar menemui vaksin wabak ini.

Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan orang awam bermula 12 tengah malam ini.

Ianya salah satu langkah dari kerajaan untuk meratakan graf Covid-19. Pada masa yang sama, cuba mengurangkan mobiliti di kalangan kita semua supaya virus ini tidak mudah merebak.