Atletico Madrid dilaporkan setuju untuk membayar €80 juta bagi mendapatkan Julian Alvarez. Penyerang antarabangsa Argentina itu sebelum ini menyatakan hasratnya untuk berpindah dari Man City.
Pada awalnya Alvarez menegaskan bahawa dia mahu berpindah kerana mahukan minit permainan. Namun setelah Guardiola mempertahankan minit permainan pemain itu antara yang terbanyak musim lalu, Alvarez kemudian menyatakan dia tidak gembira seringkali disisihkan dalam perlawanan besar.
Guardiola tidak dapat memberikan jaminan minit permainan yang lebih banyak untuk pemain itu untuk musim baharu. Memandangkan Erling Braut Haaland masih menjadi pilihan utama di posisi nombor 9.
Dia mahu menjadi pemain utama setiap minggu. Atletico sedia menjadikannya penyerang utama secara automatik jika dia menyertai kelab tersebut. Atletico Madrid menjadi pilihan utama Julian Alvarez walaupun kelab seperti Chelsea juga dikaitkan dengannya.
Pep Guardiola sebelum ini menegaskan bahawa dia sayangkan pemain itu dan mahu dia kekal terus di City. Malangnya Alvarez masih tidak mengubah pendiriannya.
Diairio secara eksklusif mendedahkan bahawa Julian Alvarez akan menjadi pemain baharu Atletico Madrid. Dengan kelab itu sanggup membayar pakej keseluruhan €80 juta untuk pemain tersebut.
Diego Simeone menjadi individu penting dalam menarik minat Alvarez menyertai Atletico Madrid. Kerana pemain itu yakin Simeone akan membantunya meningkatkan lagi mutu permaiannya.
🚨🚨 ¡EXCLUSIVO OLÉ: JULIÁN ÁLVAREZ, NUEVO JUGADOR DEL ATLÉTICO DE MADRID!
💰🇦🇷 La Araña deja el Manchester City y se convierte en nuevo refuerzo del equipo del Cholo Simeone a cambio de 80.000.000 de euros
📲 Más info en https://t.co/fmPuyKAb0a pic.twitter.com/Yb8GB2bxKI
— Diario Olé (@DiarioOle) August 5, 2024
Julian Alvarez memiliki rekod yang sangat baik setiap kali beraksi sama ada bersama Man City ataupun skuad kebangsaan Argentina. Dia juga merupakan pemain penting untuk pasukan negaranya.