TERKINI: Barcelona Diskaun Kasih Sayang RM321 Juta Untuk Coutinho

Ada berita baik kepada mana mana pasukan yang berminat mendapatkan perancang no.10 Brazil iaitu Phillipe Coutinho.

Coutinho merupakan pemain yang pernah mendapat perhatian banyak kelab di seluruh dunia ketika bersama Liverpool, termasuk dari Barcelona (kelab beliau sekarang), PSG dan juga beberapa kelab lain.

Barcelona kini dikatakan bersedia mempertimbangkan untuk memberikan diskaun, mungkin diskaun sempena Tahun Baru Cina?

… atau bahasa kasarnya, kerugian £60 juta atau sekitar RM321 juta daripada pemain tersebut.

Ianya diskaun yang sangat besar bukan? Jadi, inilah peluang untuk yang mahukan Coutinho dapatkan pemain tersebut.

Phillipe Coutinho, pemain kebangsaan Brazil yang baru berusia 27 tahun. Beliau masih dilihat ada graf yang baik dalam pembangunannya. Cuma sekarang ini sedikit out of form.

Bayern tak hendak pulak

Coutinho kini dipinjamkan bersama Bayern Munich dan walaupun mereka membayar gaji £7.2 juta – bayaran loan satu musim.

Pasukan Bundesliga itu telah menyatakan bahawa mereka membatalkan opysen beli £102 juta. Ini kerana Coutinho tidak menepati KPI ditetapkan, walaupun nampak cemerlang pada awal menyertai mereka.

Akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo melaporkan bahawa Barcelona, ​​yang membayar £145 juta untuk menandatanganinya pemain itu dari Liverpool.

Barca sebelum ini menegaskan mereka sanggup menerima tawaran dengan jumlah yang sama mereka bayar sebelum ini kepada Liverpool, tanpa ambil untung.

Kini senarionya berubah. Tiada siapa yang sanggup membayar £145 juta untuk Coutinho.

Dan Barcelona sudah menukar polisi mereka. Di mana mereka akan menerima jika tawaran untuk pemain itu tiba – bernilai sekitar £68-77juta.

Ia angka penghabisan stok yang sangat murah, Barcelona mampu berikan ketika ini.

Pada perpindahan yang lalu pasukan seperti Spurs dan Man United dilaporkan berminat. Namun harga telah menjadi halangan – dan tiada bidaan rasmi dibuat.

Ambik je la

Coutinho gagal memberikan impak sejak meninggalkan Anfield, dan kini dipinjamkan ke Bayern Munich di mana beliau telah menjaringkan tujuh gol dalam 26 penampilan musim ini.

Sementara itu, legenda Liverpool, Steve McManaman percaya Liverpool sepatutnya mencuba untuk menandatangani Coutinho, jika benar Barcelona mahu menjual pemain itu.

Malah, McManaman berpendapat pemain seperti Xherdan Shaqiri dan Adam Lallana mungkin akan meninggalkan pasukan Liverpool selepas ini. Jika itu berlaku, maka Coutinho opsyen yang baik untuk dibawa masuk.

Tetapi Klopp sudah menyatakan bahawa beliau mahukan pemain seperti Shaqiri kekal untuk tempoh lebih lama. Cuma, jika Shaqiri mencari lebih banyak minit dalam kesebelasan utama, mungkin itu yang akan membuatkan beliau keluar.

Barcelona menangis kecewa arjuna berubah…

Barcelona kecewa dengan impak Coutinho di dalam pasukan. Beliau gagal memberikan impak besar yang diharapkan sejak meninggalkan Liverpool.

Sebelum ini Quique Setien memberikan bayangan akan cuba memberikan peluang kepada pemain itu apabila beliau kembali ke Barcelona kelak.

Ia seolah olah memberikan sinar baru dalam karier Coutinho. Tetapi Barcelona pada masa yang sama masih membuka pintu rundingan kepada mana-mana pasukan yang mahukan Coutinho.

Selain daripada Coutinho, seorang lagi pemain yang dibeli dengan nilai £110 juta iaitu Ousmane Dembele turut gagal memberikan impak yang diharapkan.

Pemain tersebut terlalu banyak mengalami kecederaan. Terbaru beliau disisihkan sekali lagi kerana kecederaan.

Baca yang lain