TERKINI: Barcelona Masih Memerlukan Izin Dari La Liga Untuk Mendaftarkan Ferran Torres

Barcelona sebelum ini mengesahkan pembelian Ferran Torres dari Manchester City.

Dan Barca sudah sedia untuk mengumumkan pemain itu secara rasmi untuk didaftarkan bagi sesi Januari akan datang.

Namun La Liga masih belum memberikan kelulusan kepada perpindahan Ferran Torres.

Walaupun ada desas desus menyatakan ianya mungkin berkaitan dengan FFP kerana situasi kewangan Barca. Namun laporan dari Sepanyol menyebut, ianya bukan kerana FFP.

Sebaliknya ia kerana kelewatan pihak Manchester City menyerahkan kertas kontrak yang sudah ditamatkan bersama kelab tersebut, antara Ferran dan City.

Sumber dari Barcelona melaporkan, situasi ketika ini terkawal. Dan pengumuman pemain itu bakal dibuat dalam masa terdekat.

Jurugambar rasmi kelab malah dikatakan sudah bersedia untuk melakukan sesi fotografi pada bila bila masa.

Sebelum ini, Barcelona membuat kejutan apabila berjaya mendapatkan penyerang Manchester City, Ferran Torres dengan pakej keseluruhan bernilai €65 juta.

Di mana €55 juta akan dibayar sebagai harga tetap sementara €10 juta lagi menyusul sebagai bonus tamabah.

Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Ferran Torres setuju dengan kontrak panjang selama 5 tahun bersama gergasi Sepanyol itu.

Xavi menjadikan Ferran Torres sebagai keutamaan dalam senarai pembeliannya.

Pep Guardiola kemudian menegaskan bahawa Ferran Torres sendiri yang sudah memberitahunya bahawa dia mahu menyertai Barcelona. Ferran meminta untuk dijual ke Barca.

Pep turut menyatakan bahawa, adalah sukar untuk mana mana pemain menolak apabila Real Madrid atau Barcelona datang kepada mereka.

Lalu Man City terus memutuskan untuk melepaskan pemain itu, kerana sudah tidak ada hati bermain untuk City.

Barcelona terdesak mendapatkan penyerang baharu terutama sekali selepas Sergio Aguero mengesahkan persaraannya. Aguero terpaksa bersara kerana masalah jantung.

Guardiola sendiri menyatakan bahawa, polisi mereka adalah, mana mana pemain yang mahu pergi, dipersilakan. Kerana sangat penting untuk melihat pemain pemain gembira bermain.

Pada masa yang sama Guardiola mengesahkan bahawa City tidak bercadang membeli mana mana penyerang pada Januari ini. Walaupun dijangka mungkin akan mencuba membida semula Harry Kane.

Ferran Torres merupakan penyerang utama City sebelum beliau mengalami kecederaan.

City musim ini sudah beraksi tanpa no.9 tulen sejak awal musim. Dan mereka masih berada di singgahsana liga.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.