TERKINI: Bayern Dan Capai Kesepakatan Dengan Jonathan Tah, Leverkusen Pening Nak Cari Pengganti

Bayer Leverkusen sangat kecewa dengan Jonathan Tah yang dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan Bayern Munich dan mahu meninggalkan Leverkusen.

Jonathan Tah menikmati musim terbaik dalam kariernya membantu Leverkusen menjadi juara Liga Jerman dan Piala Jerman.

Namun pemain itu sudah memutuskan mahu menyertai Bayern Munich pada musim baharu. Dia dikatakan sudah setuju dengan kontrak sehingga 2029 di Bayern Munich.

Pemain itu sudah memberitahu Leverkusen bahawa dia mahu kelab itu menerima tawaran daripada Bayern untuk membolehkan dia berpindah segera ke Munich.

Jonathan Tah memang sudah merancang untuk menyertai kelab besar eropah yang lain. Dan dia melihat Bayern Munich sebagai pilihan terbaik pada masa ini. Hal ini kerana Tah masih mahu bermain di Bundesliga.

Jonathan Tah menjadi sasaran utama Bayern Munich untuk posisi bek tengah. Ini selepas masa depan pemain seperti De Ligt masih tidak menentu di kelab itu.

Tah kini sedang fokus untuk tugasan bersama skuad kebangsaan Jerman bagi menghadapi kempen Euro 2024 yang diadakan di negara mereka sendiri.

Dan Bayern benar benar yakin bahawa perpindahan ini boleh dimeterai dengan mudah kerana pemain itu sendiri sudah menghantar transfer request kepada kelabnya untuk menyertai mereka.

Seorang lagi pemain yang dianggap sasaran kedua selepas Tah iaitu Levi Colwill dianggap alternatif kepada Tah jika Bayern gagal mendapatkan pemain Leverkusen itu.

Difahamkan, Bayern juga sedia untuk membeli Colwill sekali walaupun sudah mendapat Tah. Hal ini kerana Vincent Kompany antara pengurus yang sudah lama memantau perkembangan pemain itu.

Xabi Alonso kini perlu mencari pengganti untuk bek tengah penting kelabnya itu. Dalam usaha Bayer Leverkusen mahu mempertahankan kejuaraan musim hadapan.

Ianya membuatkan kem Leverkusen kini pening memikirkan perkara itu. Kerana bukan mudah mencari pemain pengganti berkelas dunia, yang pasti harganya sangat mahal.

Bayern yang baru melantik Vincent Kompany sebagai pengurus juga sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian Palhinha. Sebelum ini rundingan dengan Palhinha hanya gagal kerana dokumentasi.

Pemain itu sudah menyatakan bahawa dia memang berminat untuk menyertai Bayern pada musim baharu. Vincent Kompany sudah memberikan lampu hijau bahawa dia juga berminat untuk bekerjasama dengan Palhinha.