Sebelum ini Thomas Tuchel meminta pasukan rekrut pemain Bayern untuk mendapatkan Kim Min Jae.
Ketika itu pertahanan tengah Korea Selatan itu dikatakan sudah mengadakan kesepakatan verbal dengan Man United.
Namun Min Jae menunggu 1 Julai untuk berpindah kerana bermula tarikh itu, klausa pelepasan sekitar €50 juta akan teraktif.
Ianya dianggap sangat murah untuk pemain bek tengah yang dianggap sebagai terbaik di Serie A musim lalu dan salah seorang yang terbaik di dunia masa ini.
Bayern kemudian melancarkan bidaan mereka. Dan menghubungi ejen Kim Min Jae ketika pemain itu berada di kem latihan ketenteraan khas di Korea Selatan.
Kim Min Jae tidak perlu hadiri latihan ketenteraan 2 tahun seperti yang lain kerana dia diberikan keistimewaan khas selepas membantu Korea Selatan memenangi emas Sukan Asia 2019.
Kim Min Jae kemudian lebih tertarik dengan projek Bayern dan menyertai kelab itu.
Kini Thomas Tuchel cuba mendapatkan seorang lagi pemain sasaran Erik Ten Hag iaitu Sofyan Amrabat.
Man United sudah memulakan langkah merisik Amrabat beberapa minggu lalu. Namun ketika itu mereka mahu menyelesaikan perpindahan Andre Onana terlebih dahulu.
Selepas berjaya mendapatkan Onana, kini mereka dikaitkan dengan perpindahan Amrabat.
Pemain itu turut mendapat tawaran mewah dari Arab Saudi. Namun dia memberitahu ejennya dia hanya mahu ke Man United.
Fabrizio Romani melaporkan bahawa Amrabat sudah menyatakan YA hanya kepada Man United pada masa ini.
Florian Plettenberg – pakar perpindahan bola sepak Jerman – melaporkan bahawa kini Bayern juga sedia mendapatkan Amrabat untuk menjadi pemain tengah mereka.
🚨 JUST IN: Sofyan Amrabat‘s management are monitoring Bayern‘s situation as they know that Tuchel is looking for a holding midfielder. #mufc [@Plettigoal] pic.twitter.com/vz6xNrjQnT
— UtdXclusive (@UtdXclusive) August 4, 2023
Tuchel sudah lama mengagumi pemain itu dan pada masa yang sama mahukan pemain no.6 yang baharu.
Lebih menarik pihak pengurusan peribadi Amrabat juga sedang mempertimbangkan Bayern Munich pada masa ini dan cuba memantau situasi.
Walaupun sedang rancak berunding dengan Man United namun masih tiada kesepakatan rasmi dicapai dengan kelab itu.
ℹ️ Sofyan #Amrabat, understand there’s no final agreement with @ManUtd! Talks with Ten Hag have taken place. He’s admiring the player. It’s ongoing.
➡️ But: Amrabat‘s management also monitoring Bayern‘s situation as they know that Tuchel is looking for a holding 6.
Amrabat is… pic.twitter.com/ooSHlKuhHJ
— Florian Plettenberg (@Plettigoal) August 4, 2023
Nampaknya Man United harus menyegerakan usaha mendapatkan Amrabat. Kerana salah satu sebab mereka gagal mendapatkan Kim Min Jae sebelum ini – dikatakan Man United lambat bertindak lebih pro aktif.