Seperti biasa, setiap kali selepas kekalahan United, Lembaga Pengarah Man United akan mengadakan mesyuarat tergempar. Dan akhirnya Ole terus kekal kerana mendapat mandat.
Namun kali ini, kedengaran lain macam sikit. Selepas kekalahan memalukan di tangan Watford, pengurusan tertinggi Man United malah membincangkan soal Ole dan pampasan yang bakal diberikan jika Ole dipecat.
Watford menewaskan United 4-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Meletakkan kelab tersebut dalam keadaan sangat tertekan selepas berbelanja besar mendapatkan pemain pada musim panas lalu.
Ole Gunnar Solskjaer sempat meminta maaf kepada penyokong United selepas tamat perlawanan. Beliau menyatakan ianya kekalahan yang memalukan dan berjanji akan bangkit segera selepas ini.
Solskjaer berkata: “Saya sentiasa percayakan diri saya. Ya, saya percaya kita akan dapat mengubah keadaan ini. Saya pun rasa perkara yang sama dirasakan para pemain, kami semua malu, kalah seperti ini. Kami dalam prestasi yang buru.”
Ole Gunnar Solskjær on his future: “I always have belief in myself. Yes, I believe we can turn this around. I feel for the fans. I feel the same as them. We’re embarrassed, losing the way we do. We are in a very bad run”. 🔴 #MUFC @CharDuncker pic.twitter.com/f93s6oQL9w
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 20, 2021
Walaupun Ole yakin dia akan dapat mengubah keadaan, namun BOD Man United sudah mulai hilang keyakinan dengannya.
Mesyuarat tergempar membincangkan masa depan Ole Gunnar Solskjaer tersebut akan diadakan secara virtual di kalangan pengurusan tertinggi.
Sebelum ini Joel Glazer menjadi orang kuat menyokong Ole Gunnar Solskjaer. Kini dia mewakili keluarganya meminta pegawai kelab untuk menghubungi Zinedine Zidane, membincangkan kemungkinan pengurus itu berminat untuk ke United.
Sebelum ini United meletakkan nama Conte dalam senarai calon. Namun Conte sudah ke Spurs, selepas Spurs tewas di tangan United.
Selepas kekalahan di tangan Liverpool, United berpeluang mendapatkan Conte. Namun masih ada BOD tertinggi menyokong Ole kekal kerana mereka tidak setuju dengan nilai GBP250 juta dinyatakan oleh Conte untuk memperbaiki United dan mengejar cita cita menjadi juara liga atau juara UCL.
Keluarga Glazer, selaku pemilik United juga ingin tahu sama ada Zidane sedia untuk memacu projek yang dimulakan oleh Ole Gunnar Solskjaer ini bermula di pertengahan musim.
Zidane merupakan pemenang 3 UCL sebagai pengurus, dianggap calon paling layak menguruskan United. Lebih lebih lagi adanya pemain seperti Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo yang menjadi pemain pentingnya di Real Madrid.
Namun bukan mudah untuk mendapatkan Zidane kerana pengurus itu dikatakan sedang menunggu Didier Deschamps mengosongkan jawatannya di Perancis selepas Piala Dunia.
Oleh itu United perlu menawarkan tawaran yang benar benar sukar ditolak oleh Zidane.