TERKINI: Bos Ajax Dengan Terbuka Sahkan Ziyech Akan Merumput Bersama Chelsea

Semalam Fabrizio Romano melaporkan bahawa penggempur Maghribi iaitu Hakim Ziyech dalam proses memuktamadkan perjanjian dengan pasukan Chelsea.

Ajax Amsterdam menerima bidaan dan bersetuju dengan tawaran sekitar £36 juta dari pasukan Chelsea untuk pemain sayap mereka itu.

Chelsea pernah cuba untuk membawa Hakim Ziyech ke pasukan mereka pada perpindahan Januari yang lalu.

Namun begitu pasukan Ajax Amsterdam tidak mahu melepaskan pemain mereka pada Januari. Ini kerana mereka dalam landasan untuk mempertahankan kejuaraan liga pasukan mereka.

Lalu Chelsea menunggu untuk mendapatkan pemain itu pada pendaftaran pemain yang akan datang iaitu pada pra musim 2020/21.

Spurs juga ada menghubungi Ajax pada Januari. Akibat terdesak mahukan pemain pada Januari, kerana krisis kecederaan, maka Spurs memutuskan untuk mendapatkan Steven Bergwijn.

Ziyech manjadi sasaran utama Frank Lampard bagi menggantikan Pedro yang akan dilepaskan secara percuma sebaik sahaja kontrak beliau tamat pada akhir musim ini.

Seorang lagi pemain Chelsea iaitu Willian juga dijangka akan meninggalkan pasukan Chelsea pada akhir musim ini secara percuma.

Hal ini kerana pemain kebangsaan Brazil itu masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan di Stamford Bridge.

Beliau dikatakan tidak berpuas hati dengan tawaran lanjutan kontrak yang hanya setahun. Willian mahukan sekurang kurangnya dua tahun.

Walaubagaimanapun, rundingan dengan Willian dilaporkan masih berjalan. Chelsea masih berusaha untuk mengekalkan pemain itu.

Ten Hag sahkan Ziyech sertai Chelsea!

Terbaru Erik Ten Hag memberikan komen tentang berita Ziyech ke Chelsea.

Beliau mengesahkan bahawa pemain itu akan ke Chelsea. Perkara ini pastinya membuatkan penyokong Chelsea lebih gembira.

Ten Hag berkata: “Ziyech ke Chelsea? Perpindahan itu sedang berjalan. Kami jangka ia akan direalisasikan.”

“Saya sudah jangka benda ni dua tahun yang lepas. Setiap kali orang berkata: ‘Wow, dia masih lagi kekal’.”

“Namun kami gembira kerana masih memiliki beliau sehingga akhir musim ini.”

Ziyech merupakan pemain penyerang sayap yang boleh beraksi di kedua dua bahagian sayap.

Beliau menjadi pemain yang meningkat naik dalam beberapa musim ini bersama Ajax.

Ziyech juga pemain  yang memiliki kreativiti yang sangat baik di atas padang.

Lampard melihat Ziyech sebagai antara pemain yang menepati kehendak projek jangka panjang beliau di Chelsea.

Buat masa ini, beliau ada pemain seperti Callum Hudson Odoi dan Christian Pulisic yang sah akan bersama dengan mereka musim hadapan.

Selain daripada Ziyech, Chelsea juga dikaitkan dengan Jadon Sancho. Bekas pemain Man City yang kini bermain untuk Borussia Dortmund.

Namun begitu, Chelsea berhadapan dengan persaingan dari Man United.

Sebelum ini Sancho dilaporkan pernah memberitahu Dortmund bahawa beliau tertarik dengan tawaran dari United.

Sancho bukannya murah. Tetapi Chelsea sudah berjanji memberikan Frank Lampard dana besar selepas ini.

Baca yang lain