TERKINI: CAS Terima Dokumen Rayuan Manchester City

Manchester City telah pun rasmi menghantar rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan – berikutan keputusan UEFA menggantung mereka daripada dua edisi Liga juara-juara Eropah dan denda €30 juta.

UEFA menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mendapati Manchester City telah melakukan pelanggaran ke atas financial fair Play (FFP).

Ianya dianggap satu salah laku yang sangat serius dilakukan oleh kelab dari England itu.

Dalam penghakiman oleh UEFA sebelum ini Manchester City didapati memalsukan beberapa dokumen tajaan serta menyatakan secara berlebihan tajaan mereka.

Kesalahan itu dilakukan dari tahun 2012 sehingga 2016.

Beberapa jam selepas UEFA mengeluarkan kenyataan rasmi, Manchester City terus mengeluarkan kenyataan balas menyatakan bahawa mereka akan mencabar keputusan tersebut di CAS.

Manchester City juga menyatakan bahawa mereka kecewa dengan tuduhan tersebut. Dan pada masa yang sama melabel hasil siasatan itu sebagai prejudis.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh CAS mereka mengesahkan bahawa mahkamah tersebut baru sahaja menerima permohonan rayuan daripada Manchester City.

Manchester City melantik 8 orang peguam yang diketuai oleh peguam paling mahal di United kingdom iaitu David Pannick.

https://axello.net/kenali-lawyer-yang-man-city-bayar-rm108540-sehari-pernah-2-kali-halang-brexit/

City digantung

Manchester City telah digantung daripada menyertai Liga Juara Juara Eropah, dan didenda €30 juta (£25 juta) oleh UEFA.

Manchester City dihukum berat sebegitu rupa, selepas mereka didapati melakukan kesalahan serius oleh UEFA. Penggantungan tersebut berkuat kuasa untuk musim 2020/21 dan 2021/22.

UEFA menyatakan, penggantungan Man City daripada Liga Juara Juara Eropah ini menunjukkan bahawa tegasnya UEFA dalam hal hal berkaitan dengan piawaian FFP.

Sebelum ini terdapat penyebaran dokumen yang dibocorkan menyatakan bahawa Man City melakukan pelbagai salah laku.

Man City didapati bersalah oleh UEFA selepas siasatan oleh Club financial control body (CFCB) Kerana pelbagai kesalahan termasuk pemalsuan dokumen tajaan dan keuntungan.

Dokumen tersebut dibocorkan oleh Der Spiegel pada November 2018.

Berdasarkan informasi dan email yang dibocorkan, ia menunjukkan pemilik kelab, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan sebenarnya yang menyuntik sebahagian besar dana tajaan.

Ini termasuk tajaan jersi, stadium dan akademi. Pemilik kelab yang boleh sesuka hati menyuntik dana. Sebab FFP bak bagi persaingan lebih adil iaitu dengan menjana keuntungan menerusi operasi bola sepak.

Pemilik hanya boleh menyuntik dana dalam sejumlah yang ditetapkan sahaja.

Kalau tiada peraturan macam ni. Dan hanya bergantung kepada kekayaan owner, maka pemilik yang kaya raya akan memiliki kelebihan.

Dalam kes City, pemilik dia berselindung di sebalik tajaan dan menyuntik dana sebanyak mungkin untuk kelab menerusi penajaan yang dipalsukan.

Manchester City sudah memberitahu mereka sangat kecewa namun tidak terkejut dengan keputusan UEFA.

Mereka akan cuba untuk merayu di mahkamah timbang tara antarabangsa (CAS) selepas ini dan cuba memastikan Man City dapat beraksi di pentas tertinggi Eropah.

Malah mereka juga mempertikai ketelusan siasatan oleh CFCB serta bukti yang dikemukanan. Man City menyatakan kelab mereka sentiasa cuba memastikan mereka terlibat dan menepati piawaian UEFA dalam isu FFP.

Man City yakin mereka tidak melakukan apa apa kesalahan yang melanggar Financial Fair Play.

Jika Man City gagal dalam rayuan mereka, maka pasukan yang berada di tangga kelima akan layak ke UEFA Champions League musim hadapan.

Berdasarkan kedudukan semasa, memang nampak jelas Man City akan berada di empat teratas.

Pep Guardiola sebelum ini menyatakan misi utama mereka adalah menjuarai UCL. Beliau sendiri sangat dahagakan UCL selepas sekian lama tak menjulang piala itu.

Selain itu Man City juga tak pernah menjuarai Liga Juara Juara Eropah di dalam sejarah pasukan mereka, terutama sekali pada era pemilikan oleh Sheikh.

Sebelum ini mereka pernah dituduh melakukan kesalahan FFP namun mereka berjaya membersihkan ketidakseimbangan akaun mereka dalam tempoh yang ditetapkan dan kemudian UEFA membersihkan nama mereka.

Kesan

Jadi perkembangan terbaru ini pastinya menarik, ini kerana ianya bakal menentukan slot terakhir ke Liga juara-juara Eropah musim hadapan.

Jika Manchester City gagal di dalam rayuan ini bermakna pasukan dari tangga kelima akan layak ke Liga Juara Juara Eropah.

Baca yang lain