TERKINI: Casemiro Mahu Sertai Manchester United

Casemiro dilaporkan telah memberikan lampu hijau kepada Manchester United untuk menyertai kelab yang berpangkalan di Old Trafford itu β€” menurut laporan oleh David Orsntein dari The Athletic.

Casemiro sudah berbincang dengan pengurusan tertinggi Real Madrid tentang perpindahan ke Manchester United. Tawaran gaji daripada Man United dianggap sukar ditolak oleh pemain yang berusia 30 tahun itu.

Casemiro mungkin memikirkan bahawa dia sudah tak perlu membuktikan apa apa lagi di Real Madrid dan sedia mencari cabaran baharu di kelab baharu.

Jika Real Madrid menerima bidaan Man United, Casemiro akan ditawarkan kontrak 5 tahun oleh Man United untuk bergabung semula dengan Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane.

Casemiro merupakan pemain yang bermain di posisi defensive midfielder. Dan dia dijangka akan menyelesaikan masalah di posisi tersebut yang dianggap kritikal pada masa ini.

Semalam Fabrizio Romano melaporkan bahawa rundingan mendapatkan Casemiro akan bergantung kepada Carlo Ancelotti. Kerana pengurus itu diberikan kebebasan untuk menentukan sama ada dia mahukan Casemiro kekal atau tak.

Jika pengurus itu OK melepaskan Casemiro maka pemain itu dijangka akan menyertai Man United. Ini kerana Ancelotti sudah memiliki 2 pemain tengah muda yang dibawa masuk musim lalu dan musim ini iaitu Tchoumeni dan Eduardo Camavinga.

Selain itu masih ada Fede Valverde yang boleh bergandingan dengan Toni Kroos dan Luka Modric di bahagian tengah.

Jadi ini akan dapat membuka ruang kepada Casemiro untuk dilepaskan jika pemain itu berhasrat begitu.

Jadi, Man United masih perlu meyakinkan Real Madrid untuk melepaskan pemain tersebut.

Perpindahan Casemiro ke Manchester United dijangka akan melibatkan bayaran €50 juta. Dengan Manchester United sedia untuk membayar gaji pemain itu lebih €300K seminggu.

Ianya kenaikan yang sangat besar berbanding apa yang dia terima di Real Madrid sekitar €190k seminggu.

Casemiro merupakan pemain tengah legenda Real Madrid yang memenangi 5 UCL bersama kelab tersebut.

Man United sebelum ini berunding dengan Adrien Rabiot. Namun rundingan dihentikan dan kemudian memburu Casemiro.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.