Manchester United berusaha menjual 3 pemain mereka dalam jendela perpindahan Januari ini termasuk 2 orang kuda tua.
Ini untuk membolehkan United mendapat sedikit dana bagi membuat pembelian yang perlu pada Januari.
Sebelum ini Ruben Amorim memberitahu kelab itu bahawa dia mahu membawa masuk pemain dia sendiri. Namun buat masa ini, Amorim sedar bahawa satu satunya cara dia boleh menandatangani pemain baharu adalah dengan menjual dahulu pemain sedia ada.
Man United kini bergelut dengan akaun FFP mereka setelah berbelanja besar sebelum ini terutama sekali dalam 3 musim terakhir – tempoh kiraan PSR.
Victor Lindelof dan Christian Eriksen sudah diberitahu bahawa mereka dalam senarai untuk dijual. Dan terbaru nama Casemiro juga dalam senarai.
Jika berjaya menjual Casemiro dengan harga yang memuaskan, United bukan sahaja meraih wang pendapatan daripada perpindahan namun akan dapat mengosongkan gaji £350 ribu seminggu yang dimiliki pemain itu.
Manchester United sebelum ini membeli Casemiro £70 juta dari Real Madrid pada 2022. Di mana Casemiro ditawarkan gaji berlipat ganda lebih tinggi berbanding apa yang dia dapat di Madrid.
Casemiro musim lalu gagal untuk menunjukkan aksi cemerlang secara konsisten. Dan musim ini, dia juga terus menjadi antara pemain yang bergelut di tengah berdepan dengan pasukan yang dominan di tengah.
Ruben Amorim sedia melepaskan pemain itu dengan harga yang tepat.
🚨🇧🇷 Not only Eriksen and Lindelof. Casemiro could also leave Manchester United in January or summer window.
The club must sell players in order to bring in new ones and the Brazilian midfielder remains available in case of good proposal. pic.twitter.com/LIIIlcNmz3
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 1, 2025
Sementara Victor Lindelof pula dianggap tiada lagi masa depan di kelab itu. Setelah Man United mendapatkan De Ligt dan Yoro musim ini.
Eriksen yang sudah semakin berusia juga mahu dilepaskan Man United untuk mengosongkan bil gaji mereka.
Amorim berharap akan dapat menggunakan jendela Januari ini untuk mendapatkan sekurang kurangnya seorang pemain baharu.
Sementara itu untuk perpindahan musim panas akan datang, Amorim sudah menyatakan bahawa dia mahukan dana lebih £150 juta untuk membawa masuk pemain yang sesuai dengan sistem permainannya. Dia juga dibenarkan unttuk menjual pemain secara besar besaran.
Nama seperti Marcus Rashford turut diberikan lampu hijau oleh pengurusan tertinggi untuk dilepaskan.
Sejak Amorim mengambil alih Man United dia berdepan dengan kesukaran. Dan sudah mengalami beberapa siri kekalahan.
Amorim masih bergelut untuk membentuk sistem permainan di Man United.